baiklah .......
maka berbohong jugalah KJ kerana tidak menguburkan politik DSAI di Permatang Pauh.
berbohong jugalah Najib kerana yakin menang tetapi tidak menang di Permatang Pauh.
berbohong jugalah Najib kerana kata minyak tak naik tahun ini tetapi melonjak naik.
adapun 'berbohong' nya DSAI tidak merugikan sesiapa kecuali merugikan perasaan dan kewangan bn sendiri kerana terpaksa dibelanjakan untuk me'lari'kan MP ke Taiwan.
adapun berbohongnya pemimpin umno merugi dan menyusahkan bangsa, agama dan negara kerana mereka berkuasa dan kata-kata mereka menjadi dasar negara.
setelah 50 tahun memerintah, di parlimen melayu semakin kurang, di bidang ekonomi masih tertinggal, disudut akhlak ada yang lebih teruk dari org kafir, semakin takut semakin cemas konon negara nak tergadai dan terjual kepada cina.
konon nanti jadi singapura.
singapura bukan hasil kerja tangan PKR atau PAS.. ia hasil ciptaan sejarah perjuangan umno !!!
takkan malu nak mengaku kot ?
maka berbanggalah kamu orang-orang umno di atas kejayaan pemimpin kamu menubuhkan sebuah kerajaan asing bernama SINGAPURA ! tanpa setitik darah pun ? ye ke ? hampir tak percaya hamba dibuatnya.
ada ke mana-mana negara yang begitu bacul tidak mempertahankan wilayah sendiri malah tanpa mengalirkan darah pejuangnya setitikpun ?
singapura telah menyaksikan darah para pejuang Islam Melayu yang hebat iaitu dengan kehebatan Leftenan Adnan mempertahankan buminya hingga ketitis darah terakhir.
singapura juga telah menyaksikan mengalirnya darah pejuang Melayu Islam yang mempertahankan maruah seorang muslimat bernama Natrah.
hanya seorang muslimat.
tapi hari ini begitu ramai yang murtad, di mana pejuang2 umno dan mujahideen hadari ?
takkan nak berjihad ekonomi aje dengan menaikkan harga minyak.
hari ini darah pejuang semua itu telah menjadi sia-sia dimata kita(insya-Allah tidak sia-sia di'mata' Allah) kerana perjuangan mereka telah dikhianati oleh anak bangsa seagama sendiri.
wilayah yang pernah mengalirkan darah mujahideen itu telah terlepas secara percuma kepada orang lain bukan seagama dek kerana kecuaian umno.
Sudah tentu jika Datuk Hang Tuah hidup kembali beliau akan menangis dan akan terasa telah BERBOHONG kerana mengeluarkan kata-kata hikmat " TAKKAN MELAYU HILANG DI DUNIA".
Tentu beliau akan membuat sumpah di dalam masjid di depan Imam Ramlang Porigi dan bersumpah yang beliau tidak pernah mengeluarkan kata-kata begitu atau memperbaharui kata-kata hikmatnya itu seperti ini, "TAKKAN MELAYU HILANG DI DUNIA SELAGI MENGIKUT AJARAN ISLAM".
Amatlah memalukan bahawa lambang umno ialah keris (lambang Hang Tuah) tetapi melayu telah mula hilang segala-galanya.
Dan amat malu lagi kerana kehilangan melayu itu masih tidak mahu disedari oleh umno yang berkuasa selama ini.
asyik menyalahkan orang saja. setelah 50 tahun diberi peluang berkuasa tiba-tiba kecemasan dan menyalahkan orang yang baru 5 bulan berkuasa di negeri-negeri sahaja ????
matematik zaman purba mana yang dipakai orang umno ni ???
patutlah pulau batu putih menjadi bendera putih kepada kita.
Akhirkata seperti kata Abdul Wahub kepada Rafidah yang cuba menggodanya, " Sudahlah pergi balik tidor lagi baik, di sana dengan bapak di sana sama aje".
Penyamuuuunnnnn..
Dan ku tujukan kata-kata itu kepada pemimpin2 umno hari ini. dan kepada orang-orang UMNO, jangan kuat gelak, orang tua-tua kata nanti menangis akhirnya.
-norbaina alias
"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment