"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Friday, September 12, 2008

Operasi Lalang 2: Wartawan Sin Chew ditahan

UPDATE 9:57 - Wartawan Sin Chew Daily, Tan Hoon Cheng telah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada jam 8.30 malam ini di rumahnya di Bukit Mertajam, Pulau Pinang.

Beliau merupakan orang kedua ditahan selepas editor Malaysia Today, Raja Petra Kamarudin, ditahan tengahari tadi di bawah ISA yang membolehkan seseorang itu ditahan tanpa bicara.

bm version internal security act section 73 subsection 1 isa 120908Difahamkan, Tan telah dibawa ke ibupejabat polis Pulau Pinang di mana terdapat 100 orang penyokong berhimpun di situ.

Setiausaha politik ketua menteri Pulau Pinang, Ng Wei Aik mengesahkan Tan telah ditahan di bawah ISA.

"Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Ayub Yaakob baru mengesahkan penahanan wartawan tersebut di bawah Seksyen 73(1) ISA, kepada ketua menteri," katanya kepada pemberita di ibupejabat polis Pulau Pinang pada kira-kira jam 10.45 malam ini.

Seksyen 73(1) membolehkan polis menahan Tan untuk tempoh maksimum 60 hari untuk siasatan. Selepas itu, berdasarkan kepada hasil siasatan tersebut, beliau boleh ditahan selama dua tahun di bawah Seksyen 8 akta yang sama.

Sebelum itu, Setiausaha Agung Gerakan, Chia Kwang Chye turut berada di ibupejabat polis Pulau Pinang untuk mendapatkan maklumat mengenai penahanan Tan. Beliau juga mengesahkan bahawa Tan telah ditahan di bawah ISA.

Beliau mengecam penahanan Tan, sambil menegaskan bahawa polis sepatutnya menyiapkan segera siasatan terhadap wartawan itu secepat mungkin dan membebaskannya.

Difahamkan, Tan ditahan oleh sepasukan anggota polis dari Bukit Aman.

MCA Sedia Membantu

tan hoon cheng 01 120908Sementara itu, dalam reaksinya, Gan Ping Sieu dari biro undang-undang MCA turut mengesahkan penahanan Tan (foto) di bawah ISA.

"Wartawan tersebut sepatutnya dipanggil untuk disoalsiasat dan bukannya ditahan," katanya.

Menurutnya, biro tersebut bersedia untuk menubuhkan sepasukan peguam untuk memberi khidmat sukarela untuk membela Tan.

Tan telah melaporkan bahawa pemimpin Umno, Datuk Ahmad Ismail didakwa berkata bahawa kaum Cina Malaysia "menumpang" di negara ini.

Laporannya itu telah mencetuskan kontroversi dan bantahan di seluruh negara, menyebabkan Umno telah mengantung Ahmad selama tiga tahun, dalam satu menyuarat khas Majlis Tertinggi parti itu Rabu lalu.

Tiga hari lalu, Sin Chew telah mempertahankan Tan, yang didakwa oleh Ahmad telah menyalahlaporkan komennya itu.

Tidak dapat dipastikan sama ada Ahmad yang tetap enggan memohon maaf terhadap kenyataan yang dibuatnya itu, walaupun digantung tiga tahun oleh Umno, juga turut ditahan.

-malaysiakini

2 comments:

Anonymous said...

orang lain pula yg masuk ISA, penin-penin sungguh, ini mmg tingkah laku pemimpin yg OKA.

Anonymous said...

Jangan cepat melalah,ni mungkin muslihat jahanam puak UMNO BANGSAT..Saja nak bangkitkan kemarahan rakyat..AMAT BENDERA punya CILAKA orang lain dapat BALA..