"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Friday, September 12, 2008

Penduduk bukan Islam tidak bantah laungan azan

Penduduk bukan Islam di Seksyen 5 Bandar Kinrara, Puchong tidak pernah membantah penggunaan pembesar suara untuk laungan azan di Masjid Bandar Kinrara di situ.

Sebaliknya, mereka hanya memohon supaya diperlahankan penggunaan pembesar suara untuk majlis ceramah, kuliah Subuh, kuliah Maghrib serta bacaan ayat al-Quran yang menggunakan kaset dan CD sebelum sembahyang Subuh di masjid tersebut.

masjid azan loud speaker issue 120908 03Menurut mereka, ini kerana ia mengganggu mereka untuk berehat atau bangun lewat, terutama pada hari Ahad dan juga untuk mengajar anak-anak mereka belajar pada sebelah malam.



Ini dijelaskan oleh seorang penduduk yang bertanggungjawab menghantar petisyen tersebut bagi pihak penduduk bukan Islam di situ, Steven Ee.



Beliau menegaskan demikian ketika dihubungi Malaysiakini untuk mengulas mengenai laporan media yang memetik bekas menteri besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo yang mendakwa ada usaha pihak yang dipercayai didalangi salah sebuah parti yang membentuk kerajaan Selangor, membuat petisyen membantah azan di Puchong dan Kota Damansara.



Semalam ahli Parlimen PAS bagi Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmud telah membuat laporan polis terhadap bekas Menteri Besar Selangor yang didakwa membuat kenyataan berbaur perkauman berhubung isu azan di Selangor.



Beliau membuat laporan tersebut di ibu pejabat polis Dang Wangi pada jam 11.30 pagi semalam.



Menurut Ee, beliau telah mengambil inisiatif untuk mengumpulkan tandatangan penduduk bukan Islam itu berhubung perkara itu.



Petisyen 189 penduduk



Ketika dihubungi Malaysiakini petang ini, Ee berkata, petisyen yang ditandatangani oleh 189 penduduk bukan Islam di situ, tidak menyebut sama sekali tentang laungan azan.



Penduduk tersebut, katanya, termasuk mereka yang tinggal di Seksyen 4 yang terletak bersebelahan dengan Seksyan 5.



masjid azan loud speaker issue 120908 01Menurutnya, petisyen tersebut dihantar kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sri Serdang, Datuk Mohamad Satim Diman, pada pertengahan bulan Februari lalu.

Salinan petisyen itu, jelasnya, turut diserahkan kepada pihak masjid berkenaan, juga pada pertengahan bulan Februari lalu.

Bagaimanapun, kata Ee, salinan petisyen itu dihantar ke pejabat Teresa Kok yang juga Adun Kinrara dan exco kerajaan negeri Selangor, selepas pilihanraya umum Mac lalu.

Beliau menjelaskan, pihaknya turut menghantar salinan petisyen itu kepada Teresa kerana beliau merupakan Adun yang terdekat dengan kawasan itu, selain Satim.

"Kita di peringkat bawahan ini tidak senang untuk berjumpa dengan pemimpin atasan. Saya harap pemimpin di peringkat atasan dapat berbincang mengenai perkara ini," katanya.

Minta kerjasama

Ee juga menjelaskan, petisyen tersebut diserahkan kepada Satim dengan harapan beliau dapat menjadi orang tengah bagi menyelesaikan masalah tersebut.

Pada mulanya, kata Ee, isterinya telah pergi berjumpa dengan seorang pemimpin parti komponan BN yang berpangkat 'Datuk' mengadu mengenai perkara tersebut.

Ekoran itu, katanya, pemimpin berkenaan mencadangkan supaya penduduk di situ membuat petisyen dan aduan bertulis dan diserahkan kepada Adun berkenaan.

"Ekoran itulah, saya pun mula mengutip tandatangan penduduk di situ dan serahkan kepada Datuk Satim melalui seorang pegawai Adun tersebut di pejabatnya," jelas Ee.

Ee berkata, tidak lama selepas itu beliau mendapati bunyi pembesar suara di masjid telah diperlahankan sedikit selama kira-kira dua minggu.

Bagaimanapun, katanya, bunyi pembesar suara di masjid itu dikuatkan semula seperti sebelumnya.

"Jadi kita tunggulah tengok bagaimana (perkembangannya). Takkan kita nak pindah. Saya percaya penduduk Islam di sini boleh faham apa yang kita maksudkan," katanya.

Ee berkata, beliau tidak pernah berniat untuk membantah kegiatan agama Islam di situ.

Tetapi, katanya, mereka berharap penduduk Islam di situ dapat bekerjasama dengan penduduk lain demi kesejahteraan bersama.

Ditanya mengenai kemungkinan ada petisyen lain dari penduduk di situ berhubung laungan azan, Ee berkata, beliau tidak tahu.

-malaysiakini

No comments: