"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Friday, September 12, 2008

Bubar Je Terus..! - Khairy


KHAIRY Jamaluddin (tengah) menyampaikan bantuan Nur Ramadan kepada salah seorang kanak-kanak OKU sambil diperhatikan Razali Ibrahim (kiri) di Kampung Melayu Raya, Segamat, Johor, semalam.

SEGAMAT 11 Sept. - Saranan supaya perubahan dilakukan di peringkat pucuk pimpinan UMNO tidak akan menyelesaikan segala masalah yang berlaku dalam parti itu, kata Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin.

Sebaliknya, beliau menegaskan, perubahan pucuk pimpinan parti memerlukan pendekatan menyeluruh termasuk mengkaji bagaimana kaedah memenangi semula hati rakyat dan keseluruhan ahli parti komponen dalam Barisan Nasional (BN).

Beliau berkata, pihak yang mencadangkan dilakukan perubahan dalam pucuk pimpinan UMNO perlu mengemukakan perancangan yang jelas bagi memastikan parti itu terus mendapat sokongan dan kepercayaan rakyat.

TP - Betul..! "Perubahan tidak selesai masalah... oleh kerana itu... ada baiknya hangpa bubar terusss Parti keBANGSATan MeLayu@Mamak Bengong ni... rosak teruk dah...

No comments: