"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Friday, September 12, 2008

Umno perlu suara Tun Mahathir

PETALING JAYA: Hasrat mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad untuk menyertai semula Umno merupakan satu langkah yang tepat memandangkan parti itu memang memerlukan ‘suara’ Tun Mahathir ekoran keadaannya yang semakin kucar kacir.

Pensyarah Pembangunan Sosial Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof. Dr. Ahmad Atory Hussain, tindakan Tun Mahathir keluar Umno pada pada 19 Mei lalu tidak memberi sebarang perbezaan kepada Umno malah parti itu dilihat semakin teruk.

“Ini juga saya percaya merupakan usaha-usaha dalaman parti yang mahu menarik semula Tun ke dalam Umno kerana mereka memang mengalu-alukannya.

“Kalau kita lihat keadaan Umno sekarang ini pun seperti ayam kehilangan ibunya, jadi kemasukan semula Tun memang kena pada masanya,” katanya ketika dihubungi mStar Online.

Atory berkata, kemasukan Tun Mahathir akan memberi kesan besar bukan sahaja kepada Umno malah kepada parti-parti komponen Barisan Nasional (BN) yang turut dilihat menghadapi krisis.

“Parti-parti komponen akan menerima Tun Mahathir dengan tangan terbuka kerana mereka menghormati beliau yang tidak dapat dinafikan begitu banyak berjasa kepada negara.

“Walaupun Tun keluar daripada Umno sebelum ini tetapi pengaruhnya masih besar...itu kita tidak boleh sangkal,” katanya.

Sementara itu, pensyarah sains politik Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Dr. Ahmad Nizammuddin Sulaiman berkata, Tun Mahathir telah menilai semula pendiriannya sebelum ini yang hanya akan meletakkan jawatan setelah Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi meletakkan jawatan.

“Beliau telah berada di luar tetapi kedudukan Umno tetap tidak selesa. Masalah tetap timbul malah makin bertambah termasuk isu sensitiviti kaum yang tercetus baru-baru ini.

“Tun nampaknya telah menilai semula keputusannya sebelum ini lebih-lebih lagi setelah dipujuk pula oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin,” katanya.

Bagaimanapun katanya, kemasukan Tun Mahathir belum tentu memberikan perubahan yang besar kepada Umno memandangkan kehilangan kepercayaan kepada Umno kini bukan hanya di kalangan ahli malah lebih dirasai di kalangan rakyat.

Pensyarah Sekolah Sains Sosial, Universiti Malaysia Sabah, Zaini Othman berkata, selepas 51 tahun menjadi parti tunggak, Umno kini dilihat dalam kedudukan yang semakin rapuh.

“Tun (Mahathir) mahu menyelamatkan Umno dan mengembalikan kredibiliti Umno yang tercalar selepas pilihan raya umum yang lalu.

“Selain itu, beliau kemungkinan gusar tentang Ahli Parlimen yang akan melompat parti seperti yang didakwa Anwar. Justeru, mungkin selepas ini, beliau akan menyusun pelbagai langkah alternatif yang boleh diambil untuk menghalang perkara itu daripada berlaku,” katanya.

Zaini berkata, peralihan kuasa antara Abdullah kepada timbalannya juga tidak konstruktif kerana jika ia berlaku pada 2010, Umno hanya mempunyai masa kira-kira dua tahun sebelum menghadapi pilihan raya yang berikutnya.

“Masa itu pada saya tidak cukup untuk memastikan Umno betul-betul boleh berdiri teguh semula,” katanya.

-mSTAR Online

No comments: