"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Friday, September 12, 2008

Munajat Perdana PAS Johor.

BATU PAHAT, 11 Sept (Hrkh) - PAS Johor akan mengadakan munajat perdana khusus bagi memohon pertolongan Allah swt agar usaha untuk merealisasikan peralihan kuasa pada 16 September ini berjalan dengan lancar dan aman.

"Munajat perdana yang akan diadakan ini merupakan inisiatif PAS Johor dalam usaha untuk memastikan proses peralihan kuasa ini berlaku dalam suasana aman serta tidak menimbulkan sebarang kejadian yang tidak diingini," kata Ketua Penerangan PAS Johor, Mazlan Aliman, di sini, kelmarin.

Menurutnya, solat hajat perdana yang akan diadakan di Dataran Dewan Pemuda PAS Johor, Taman Renggam Jaya Simpang Renggam, 12 September ini akan bermula dengan majlis berbuka puasa, diikuti dengan solat hajat dan disusuli dengan ceramah oleh Ketua Pemuda PAS, Salahuddin Ayub serta Pesuruhjaya PAS Johor, Dato' Dr Mahfodz Mohamad.

TP - Yang ni aku cukup setuju... sepatutnya seluruh pimpinan PAS bersatu & berpakat anjurkan munajat sebegini dekat kawasan masing-masing daripada dok buang masa melayan wartawan-wartawan media UMNO/BN lepas tu pakat-pakat bawak keluar statement-statement yang mengarut-ngarut.

Rakan-rakan & penyokong-penyokong dok berhempas pulas ganding bahu nak realisasikan rancangan peralihan kuasa, yang "dia orang" pulak, sambil-sambil bagi kerjasama (tak tau lah ikhlas ke tak) sambil-sambil dok tikam belakang.

Ada yang betul kenyataan tu... aku ada terbaca 1 artikel dalam 1 laman web TKO, antara petikan artikel tersebut ialah : tidak ada jalan pintas untuk kejayaan (lebih kurang gitu la x salah aku) jugak penulis mempersoalkan kewajaran pertukaran kerajaan melalui rundingan "tukar parti@lompat". tak de etika katanya...

Aku nak tanya jugak dekat penulis tu & jugak pimpinan-pimpinan yang asyik-masyuk mengeluarkan kenyataan yang "berlawan arus" dengan apa yang sedang kita usahakan sekarang...

Antara mereka mempersoalkan soal "moral"... kununnya peralihan kuasa melalu rundingan "lompat" adalah tidak bermoral...

Soalan aku untuk mereka-mereka yang "songsang" berbunyi begini : bermoralkah seseorang itu jika dalam diam, dia cuba menggagalkan rancangan perubahan kearah kebaikan?

Ada yang berminat nak jawab?

No comments: