"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Saturday, September 13, 2008

Salam Dari Sibu

Semalam mendapat 'arahan' saat akhir untuk berada di Sibu. Menaiki pesawat jam 6.00 petang sampai di Lapangan Terbang Sibu jam 8.00 malam. Teman yang menyambut di lapangan terbang terus membawa ke sebuah hotel di sini untuk menghadiri Makan Malam Perhimpunan Parti Keadilan Rakyat di Sibu. Sampai di hotel sambutan kelihatan amat baik. Dewan penuh sesak. Tidak kurang dari 60 meja memenuhi dewan yang anggaran che'GuBard kadar selesanya cuma untuk 40 - 50 meja. Ada yang terpaksa berdiri.

Pemimpin kanan PAKATAN hadir. Ada Pengerusi dan Timbalan Pengerusi DAP Sarawak, untuk pengetahuan umum che'GuBard sering mendengar keADILan Sarawak sering bermasalah dengan DAP Sarawak tetapi berdasarkan ucapan Pengerusi DAP Sarawak nampaknya penyatuan sudah bermula semalam. Timbalan Pengerusi SNAP juga hadir. Ada juga pemimpin masyarakat tempatan dan beberapa pemuka pemimpin politik yang tidak mahu namanya disebut yang hadir mengintai keADILan Sarawak. YB Dominique, Pengerusi Perhubungan keADILan Sarawak kelihatan begitu ghembira dengan perkembangan ini.

Pagai tadi ada satu pertemuan dengan teman - teman lama yang bekerja di Sarawak, terlalu banyak isu diperbincangkan. Jam 2 petang nanti akan ada sidang media bersama kepimpinan keADILan di Sibu. Manakala petang nanti akan menghadiri Majlis Berbuka Puasa bersama penduduk setempat, sebelum solat maghrib dan terus bekejar ke Lapangan Terbang Sibu untuk penerbangan akhir ke Kuala Lumpur.

Dari pemerhatian ghairah masyarakat Sarawak untuk melihat perubahan tampuk pimpinan pusat cukup tinggi. Sarawak bukan sahaja disihkan kerajaan pusat tetapi dizalimi oleh pemimpin tempatan seperti Taib Mahmud yang menguasai perbagai bidang perniagaan yang akhirnya menjadikan beliau dan keliauga amat kaya dan berkuasa.

Isu tanah adat yang bukan sahaja tidak selesai tetapi maikin rumit dan parah, masalah pendatang yang mendapat kad pengenalan kerana diupah menjadi pengundi (Bn), masalah gangsterisma, masalah pembangunan dan perbagai masalah terus menghimpit penduduk peribumi Sarawak.

Mengenai perkembangan tangkapan ISA, cheGuBard benar - benar pelik. Baru sahaja dua hari lepas kerajaan menjanjikan ketelusan dengan tidak lagi menyekat laman web malangnya sehari selepas itu blogger terkenal Raja Petra di tahan. Ini kononya kerana kewujudan komen pembaca yang 'menghina' Islam.

Penahanan turut melibatkan wartawan Sin Chew, Tan Hoon Cheng. Ini kononya pula kerana laporan beliau mengenai isu Datuk Ahmad Ismail yang mengeluarkan kenyataan yang menyatakan Orang Cina di Malaysia tidak layak menerima layanan baik kerana mereka pendatang.

Selepas program semalam ketika berada di Coffee House Hotel bersama pimpinan Sarawak cheGuBard telah menerima sms pula menyatakan YB Teresa Kwok pula ditahan. Ini pula mungkin kerana isu memorandom halang azan.

Melalui beberapa maklumat ramai lagi akan ditahan, malah seorang 'Datuk' pagi tadi menghubungi cheGuBard agar berhati - hati kerana nama ada dalam list. Bagi cheGuBard hanya berserah... itu resam perjuangan... ada yang nasihat alang - alang sudah berada di Sibu maka bersembunyai sebentar.... Dalam hati nak bersembunyai macam mana... bapa cheGuBard sedang sakit....takkan nak tinggalkan 'cheNur' yang comel... keputusanya tetap sama seperti hari pertama melangkah dalam perjuangan... lakukan yang terbaik demi Agama bangsa dan negara dan kemudian berserah.... pesan guru "berani kerana benar !!"

Tangkapan ISA kali ini kononya untuk kendurkan ketegangan kaum.... ha..ha..ha.. mari ketawa, di bulan puasa ini... LAWAK !!! ketegangan kaum ? mana ada ketegangan kaum... di kawasan kampung atau mana - mana perumahan melayu, cina, india apa bangsa sekali pun semua harmoni dan berkongsi hidup dengan aman. Ketegangan kaum cuba dicipta untuk menutup permasalan politik dalaman parti komponen Bn yang kian meruncing.

Wartawan yang menulis berita ditahan tetapi si 'banghal' yang mengeluar kenyataan di bebaskan...?

Kalau Raja Petra benar - benar salah bicarakan dia di mahkamah terbuka, tidak lengkapkah undang - undang negara untuk mendakwa Petra ...?

Teresa anti Azan ? Teressa Anti melayu...? YB Teressa dah nafikan penglibatan beliau dalam memorandum ciptaan Bn yang kononya ada orang cina menentang azan.... (Ingat kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang yang mengatakan dia nak dengar suara rakyat...dan azan juga sebahagian dari suara rakyat...maka dia pun nak terus dengar azan berkumandang di Pulau Pinang)..... cuba lihat posting berkenaan dengan isu air sebelum ini.... Bn memang cekap cipta isu hantar memorandum palsu yang paksa orang tandatangan......

Tiada isu perkauman ... yang ada ISA digunakan untuk menyelamatkan politik Bn terutamanya Umno.....

Jam 8 malam ini cheGuBard tetap akan terbang balik ke KL..sampai LCCT jam 10 malam....

Salam dari Sibu, Sarawak !!!

-Perjuangan adalah perlaksanaan kata-kata

1 comment:

myrayza said...

Ada pergi Sibu ke? Patut la aku tengok Hotel Paramount tadi ramai jer orang. Apsal tak jemput aku? hehehe :P