"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Tuesday, November 11, 2008

Al Fatihah: Bekas ADUN Bandar Baharu meninggal dunia pagi tadi

Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bandar Baharu, Datuk Abdul Majid Itam meninggal dunia pagi ini di Hospital Kulim, dekat sini, akibat angin ahmar.

Abdul Majid, 68, meninggal dunia kira-kira jam 10 pagi.

Menurut anak keduanya, Khairul Salleh, 40, bapanya dimasukkan ke hospital itu malam Ahad lalu setelah mengadu sesak nafas dan menurutnya bapanya menghidap angin ahmar sejak 10 tahun lalu.

Allahyarham meninggalkan dua isteri iaitu Rohani Shuib, 64, dan Siti Hayati Salleh, 46, dan 15 orang anak iaitu 13 lelaki dan dua perempuan berumur antara 42 hingga 10 tahun.

Allahyarham menjadi Adun selama dua penggal dari 1982 sehingga 1990.

Jenazah Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Al-Irsyad, Serdang, di sini petang ini.

No comments: