"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Tuesday, November 11, 2008

"Obama akan dapat berjaya buat perubahan dengan pertolongan Allah" Pemimpin Islam USA

CHICAGO: Louis Farrakhan, pemimpin kumpulan Nation of Islam, kelmarin menyifatkan bakal presiden Amerika Syarikat, Barack Obama, sebagai pemimpin yang mempunyai wawasan luar biasa dan keupayaan mengatasi semua cabaran.



Menurut beliau, Obama akan dapat membuat perubahan positif hanya dengan pertolongan daripada 'Allah dan rakyat yang mempunyai perasaan muhibah'.



'Presiden yang dipilih, Obama, telah menaikkan semangat semua golongan yang tertekan, tertindas, ditolak dan dihina,' kata beliau dalam satu ucapan selama 90 minit kepada lebih 1,000 pengikut beliau di Masjid Maryam selatan bandar Chicago, kelmarin.



'Sekarang terpulang kepada kita semua untuk memanfaatkan tenaga baru yang beliau berikan kepada kita... dan menyalurkan tenaga itu untuk menjadikan kehidupan kita lebih baik,' tegas beliau.



Farrakhan menyifatkan pencalonan Obama telah mencetus 'semangat kesatuan' daripada semua rakyat, mirip keghairahan sewaktu mendiang Robert F. Kennedy bertanding merebut jawatan presiden pada 1968.



Menurutnya, beliau sengaja tidak membuat sebarang kenyataan mengenai sokongannya terhadap Obama sepanjang beberapa bulan lalu kerana bimbang kenyataan beliau akan menjejas peluang Obama menduduki Rumah Putih.



Farrakhan berkata Obama secara tidak adil telah dikaitkan dengan Paderi Jeremiah Wright, yang membuat kenyataan mengkritik pemerintah Amerika, dan Paderi Michael Pfleger, yang mempersenda pesaing Obama daripada Parti Demokrat, Senator Hillary Rodham Clinton.



'Selama sembilan bulan yang lalu saya sengaja tidak berkata apa- apa kerana kata-kata saya yang baik sering diputarbelitkan,' kata Farrakhan.



'Jadi, saya memutuskan lebih baik saya tidak bercakap apa-apa agar tidak terlibat dalam tengkarah berhubung kenyataan paderi-paderi itu.



'Hari ini saya berasa lebih bebas untuk menyatakan kata hati saya.'

No comments: