"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Tuesday, November 11, 2008

Perak digesa batalkan lesen GRO asing

Polis menggesa kerajaan Perak dan pihak berkuasa tempatan (PBT) membatal lesen pengusaha pusat hiburan yang menggunakan wanita-wanita asing sebagai pegawai perhubungan pelanggan (GRO).

Ketua polis negeri Datuk Zulkefli Abdullah berkata, cadangan itu berikutan pihaknya banyak menerima sistem pesanan ringkas (SMS) daripada suri rumah yang mengadu suami mereka sering menghabiskan wang dan masa di luar dengan mengunjungi premis-premis hiburan.

"Kita tidak boleh mengabaikan aduan yang dibuat oleh suri suri rumah berkenaan kerana nanti dikatakan pihak polis tidak berbuat sesuatu tetapi saya berharap pihak PBT juga turut membantu menangani masalah ini," katanya selepas majlis perhimpunan bulanan ketua polis Perak hari ini.

Beliau berkata sepanjang tempoh Januari hingga September 2008 seramai 983 wanita warganegara asing telah ditahan dalam 305 serbuan kerana tidak memiliki dokumen pengenalan diri ketika bekerja di premis berkenaan.

"Kebanyakan wanita pekerja asing itu, berasal dari China, Indonesia dan Vietnam, tidak mempunyai dokumen pengenalan diri atau menggunakan visa melancong untuk bekerja di premis berkenaan yang merupakan satu kesalahan.

"Saya berharap kerajaan negeri atau PBT dapat membatalkan premis-premis terbabit yang dikesan sering mengambil pekerja asing tanpa sebarang dokumen bekerja di premis mereka kerana ia turut menggalakkan perbuatan maksiat," katanya.

Zulkefli juga meminta syarat lebih ketat diletakkan bagi permohonan lesen itu memandangkan ada bilik-bilik khas atau tempat persembunyian GRO terbabit ketika pihak polis menjalankan operasi di pusat-pusat hiburan berkenaan.

TP - aik??? tak kan warganegara asing je kot? GRO warganegara tempatan macam mana pulak??? nak simpan lagi ka? kerajaan Pakatan Rakyat Perak kena tegas dalam hal ni... hangpa jangan main-main..! kalau hangpa main-main, sama la hangpa dengan UMNO/BN dulu..!

3 comments:

wakmeli said...

Sekat pastu tutup je pusat2 hiburan ni. Jgn ikut sgt ckap cina non muslim ni. Bagi muka sangat dalam hal maksiat. Sapa2 yg bagi lesen pastu cina non muslim wat salahguna, secara tak langsung dorang terlibat sma.
Hapuskan masalah sosial secara berperingkat.

Anonymous said...

Senang cerita, tutup semua pusat hiburan di Malaysia. Siapa nak berhibur lepas ni pandai-pandailah. Sekurang-kurangnya dapat kurangkan atau elakkan gejala maksiat. Dan yang penting dapat elakkan anak gadis atau perempuan Melayu jadi GRO atau pelacur... Selamatkan negara kita daripada bala Tuhan...

that guy said...

aku pun pelik la...nape kat perak je kena tutup? pasai apa KPN sendiri tak suruh tutup seluruh malaysia ....kan senanng..betui tak?

nape ketua polis perak plak yg lebih2? abih ketua polis negara buat apa?..?? nganga lagi ka...ka tidoq..