ABU DHABI, 11 Nov (Bernama) -- Lebih 50 pertubuhan yang terbabit dalam industri halal yang termasuk syarikat makanan utama dari seluruh dunia, kini menghadiri Ekspo Halal Dunia selama tiga hari yang bermula Selasa, di ibu negara Emiriah Arab Bersatu ini.
Pengarah Ekspo Halal Dunia Christine Weaver berkata Timur Tengah merupakan salah satu pasaran perdana produk halal dan pameran itu menyediakan satu platform perniagaan yang memenuhi keperluan pengeluar, pedagang dan pemimpin perniagaan halal global yang berhasrat mengembangkan perniagaan masing-masing di rantau ini.
"Keperluan acara ini diadakan adalah jelas apabila anda menimbangkan bahawa industri halal menawarkan perniagaan yang lumayan. Terdapat lebih 1.8 bilion pengguna di seluruh dunia dan anggaran nilai perniagaan AS$2.1 trilion," katanya.
Sambil mempamerkan makanan halal, acara itu yang diadakan di Pusat Pmeran Negara Abu Dhabi, turut memberi fokus ke atas produk gaya hidup halal, yang termasuk kewangan Islam dan fesyen yang mematuhi syariah, kosmetik dan produk penjagaan kesihatan.
Pameran itu yang diadakan serentak dengan Forum Halal Dunia, yang menghimpunkan pakar dari pelbagai industri untuk menangani isu utama dan menyediakan penyelesaian praktikal khusus bagi pertumbuhan dan pembangunan mampan yang merentasi banyak bidang industri ini yang pelbagai.
Forum itu akan turut menonjolkan sektor kewangan Islam bernilai berbilion dolar, yang disertakan oleh tiga seminar komprehensif mengenai perkhidmatan perbankan dan kewangan yang mematuhi syariah yang diberikan oleh bank Timur Tengah.
"Pelabur dan pelanggan yang berpotensi bagi produk dan perkhidmatan di dalam sektor kewangan Islam akan mendapati seminar ini sangat berguna. Sektor perkhidmatan kewangan yang mematuhi syariah itu bernilai antara AS$200 bilion dan AS$500 bilion setahun dan merupakan kepentingan yang kian berkembang bagi pasaran kewangan dunia," kata Weaver.
"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment