"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Tuesday, November 11, 2008

Perak Keluar Garis Panduan Untuk Kurangkan Perbelanjaan Awam Oleh Jabatan

IPOH, 11 Nov (Bernama) -- Kerajaan Perak mengeluarkan Pekeliling Kewangan Negeri iaitu garis panduan bagi perbelanjaan secara berhemah dan langkah mengurangkan perbelanjaan awam yang perlu dipatuhi oleh setiap jabatan berkenaan.

Menteri Besar Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata antara kandungan pekeliling itu ialah kawalan elaun lebih masa bagi kakitangan kerajaan negeri, penjimatan ulitili seperti arahan menutup lampu ketika rehat, waktu pemasangan pendingin hawa dan penggunaan bekalan pejabat seperti kertas dan pembelian surat khabar.

"Cadangan pengubah suaian pejabat atau penyewaan bangunan pejabat baru dan lawatan sambil belajar atau lawatan keluar negara yang berkaitan dengan pelaksanaan sesuatu kontrak dan projek perlu mendapat kelulusan pegawai kewangan negeri," katanya ketika menjawab soalan S.Kesavan (PKR-Hutan Melintang) pada sesi soal jawab di persidangan Dewan Undangan Negeri di sini hari ini.

Tanpa menyebut tarikh pekeliling itu dikeluarkan, beliau berharap ia dapat membantu jabatan melaksanakan langkah perbelanjaan berhemah dan berjimat cermat.

Jumlah penjimatan yang dapat dikurangkan adalah perbelanjaan sambutan kemerdekaan iaitu RM1.1 juta pada tahun ini berbanding perbelanjaan RM2.6 juta pada tahun lepas semasa Perak di bawah kerajaan Barisan Nasional, katanya.

Datuk Seri Tajol Rosli Ghazali (BN-Pengkalan Hulu) yang bangun untuk mencelah berkata perbelanjaan RM2.6 juta pada tahun 2007 itu adalah kerana terdapat sambutan kemerdekaan yang dibuat di peringkat daerah.

Sementara itu, ketika menjawab soalan Datuk Ramly Zahari (BN-Manong) mengenai kelulusan terhadap projek kerajaan pusat, Mohammad Nizar berkata kerajaan negeri memberi pertimbangan yang baik terhadap permohonan kerajaan pusat yang dibuat menerusi Jabatan Persekutuan melalui persuruhjaya Tanah Persekutuan khususnya dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9).

"Boleh dikatakan semua 13 permohonan yang dipohon oleh kementerian persekutuan mulai Mac hingga 13 Ogos lepas telah diluluskan kecuali satu di Hulu Perak...Saya tidak mahu huraikan 13 projek yang diluluskan itu tetapi semua yang diminta diluluskan (seperti) tapak sekolah, bomba, balai polis, institut Mardi dan sebagainya telah kita luluskan," katanya.

Ketika menjawab soalan Sum Cheok Leng (DAP-Bercham) beliau berkata jumlah peruntukan yang diperolehi daripada kerajaan pusat di bawah RMK-9 sehingga September lepas ialah RM1.96 bilion.

"Jumlah projek adalah 1,626 projek. Jumlah perbelanjaan dalam tempoh yang sama adalah sebanyak RM983.57 juta iaitu 50.15 peratus. Projek yang telah siap adalah sebanyak 286 projek atau 17.6 peratus," katanya.

4 comments:

Anonymous said...

Rasa-rasanya pembangunan di negeri-negeri jajahan PR, Perak lebih menonjol daripada Selangor yang kita ketahui lebih banyak buat kecoh dan suka bangkitkan kontroversi murahan...

Unknown said...

Yang dok buat kecoh & menyalak tu adalah golongan ''xxx meroyan"...sila teliti baik2...

Anonymous said...

Perak nampaknya lebih efisyen dan produktif dalam bekerja berbanding negeri jajahan PR yang lain.Penang juga ada peningkatan dengan cadangan untuk membina pengangkutan awam alternatif.

tapi di Selangor lebih banyak kontroversi dari bekerja.sampaikan nama jalan pun nak kecoh-kecoh.

Unknown said...

kerajaan negeri Selangor patut belajar jadi kerajaan Perak dan Kelantan dalam bekerja dan bukan hanya setakat mencetuskan kontroversi sahaja.

Perak telah mengemukakan garis panduan untuk berjimat dan Kelantan pula dikatakan kakitangannya bebas dari rasuah.