Koperasi kecil yang kurang berjaya atau tidak menunjukkan prestasi baik akan digabungkan bagi membantu ia berfungsi dengan lebih baik.
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Noh Omar berkata, koperasi yang dikategorikan sebagai tiga bintang ke bawah itu akan digabungkan dengan koperasi setaraf dengannya dan dikenali sebagai koperasi menengah.
Sementara itu, katanya, koperasi yang dianggap berjaya termasuk mampu memberikan dividen yang memberangsangkan kepada ahli-ahlinya akan diasingkan dan dikategorikan sebagai koperasi empat dan lima bintang.
''Memang kita tidak nafikan ada banyak koperasi yang tidak mampu beri dividen atau ada yang bermasalah.
''Sebab itu sekarang kita tengah susun koperasi kecil ini untuk digabungkan menjadi koperasi menengah,'' katanya pada sidang akhbar selepas melawat Pasar Datuk Keramat di sini hari ini.
"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Koperasi ni adalah satu konsep yang diadaptasi dari sistem sosialis. Ahli menyumbang modal untuk membina syarikat yang memberi khidmat semula kepada ahli.
Kalau dikampong saya dulu, orang kampung mengumpul duit untuk membuka syarikat bagi memberi perkhidmatan mesin padi. Idea itu memang bagus, bukan diveden yang hendak mereka kejar tapi yang lebih penting mereka dapat perkhidmatan yang mereka perlukan dari syarikat itu.
Tetapi zaman dah berubah, banyak pengurus koperasi sekarang menyeleweng, menggunakan koperasi untuk kekayaan diri.
Post a Comment