"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Thursday, November 27, 2008

Saiful hadir di pejabat JAWI pagi ini

Saiful Bukhari Azlan, 23, yang mendakwa dirinya diliwat oleh Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar brahim, hadir di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) hari ini.

Saiful tiba pada kira-kira jam 11.08 pagi dengan temani oleh peguam Zamri Idrus dan bapanya, Azlan Mohd Lazim.

Saiful tiba dengan memakai songkok dan berkot hitam, berkemeja putih dan berseluar hitam.

Saiful dan Zamri kemudiannya masuk ke unit siasatan bahagian penguatkuasa JAWI, manakala bapanya menunggu di luar.

Sebelum masuk, Zamri yang ditemui pemberita enggan menjawab dan sekadar berkata, beliau akan mengulaskannya kemudian.

Mohd Saiful dipercayai dipanggil oleh JAWI bagi memberi keterangan mengenai dakwaan kononnya beliau diliwat pada 26 Jun lalu oleh Anwar yang juga bekas majikannya

Pada 15 Ogos lalu, Mohd Saiful telah melakukan sumpah laknat atau mubahalah di Masjid Wilayah Persekutuan dengan mengatakan bahawa dirinya telah diliwat secara paksa oleh Anwar pada 26 Jun lalu.

Manakala pada 9 Julai lalu, Anwar telah mengadukan isu laporan polis Saiful, kepada unit siasatan, bahagian penguatkuasaan JAWI, mengikut undang-undang dan peruntukan qazaf (kesalahan bawah jenayah syariah bagi tuduhan palsu).

Penasihat PKR itu dilaporkan sebelum ini sebagai berkata, atas nasihat ulama dan peguam, beliau telah membuat aduan tersebut bagi membersihkan namanya dan keluarganya daripada fitnah jahat dan mengaibkan itu.

Menurut seksyen 41 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah Persekutuan) 1997, "mana-mana orang yang menuduh orang lain melakukan zina (atau liwat) tanpa mengemukakan, mengikut hukum syarak, empat orang saksi lelaki atau ikrar orang yang dituduh itu adalah melakukan suatu kesalahan."

Jika disabitkan dengan kesalahan qazaf, seseorang boleh didenda tidak melebihi RM5,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

Anwar mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 8 Ogos lalu terhadap tuduhan melakukan hubungan seks di luar tabii terhadap Saiful di sebuah kondominium di ibu negara pada 26 Jun lalu.

-malaysiakini

7 comments:

Unknown said...

Eloknya dibuatnya umpan pacing je budak ni...

Mr Joker said...

umpan gini ikan x makan beb... wat tuba boleh la... ni spisis perosak ni...

Anonymous said...

Kenapa bersifat dayus? Kita serah kan pada mahkamah,.

Anonymous said...

TIDAK! dalam Islam orang yg membuat tuduhan perlu mengemukakan 4 saksi bertauliah! jadi "species" ni dah gagal mengemukakan saksi jadi hukuman patut dalam Islam ialah rotan sebanyak 80 kali...MESTI!!! orang yang bersubahat dgn mereka2 ini pada hari kiamat dijadikan anjing dalam Neraka!

Anonymous said...

wat umpan ikan keli limbat bagus jugak bdk saiful nie...

broooo... said...

dah 2 bulan lebih "disembunyikan"...
tak payah kerja ka!
macam mana dia dapat duit nk biaya perbelanjaan harian??????
kaya sangat ka budak hampeh nih!!!!!!

Anonymous said...

memang dasar bangsat, makan rasuah duit rakyat. tak tauu malu punya manusia......saiful dari lembu