IPOH, 27 Nov (Bernama) -- Dengan alasan tidak mendapat liputan adil media arus perdana, kerajaan Perak menubuhkan Sekretariat Blogger bagi menyebarkan maklumat dan dasar kerajaan negeri yang diperintah Pakatan Rakyat.
Menteri Besar Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata hasil pertemuan beliau dengan Persatuan Blogger Perak semalam, kesemua 26 penulis blog yang hadir berjanji menyokong dan bekerjasama dengan kerajaan negeri menyebarkan maklumat menerusi tulisan mereka.
"Segala maklumat dan berita akan disebarkan secara meluas sehingga ke seluruh dunia menerusi penulis-penulis blog ini," katanya ketika berucap pada majlis jamuan Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat negeri Perak di sini malam tadi.
Mohammad Nizar berkata seketariat itu, yang diketuai oleh setiausaha akhbar beliau, Anuar Hashim, dapat menepis tomahan, kritikan dan tuduhan yang dilemparkan terhadap kerajaan negeri menerusi media arus perdana.
Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Pengagkutan Awam Negeri, Nga Kor Ming, dalam ucapannya pula menyelar RTM dan Perak FM kerana tidak memberi liputan yang adil kepada kerajaan negeri dalam menyebarkan maklumat dan aktiviti yang dijalankan.
"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
hmm...langkah Perak adalah langkah yang sama juga dengan kerajaan Kedah.nampaknya blogging sekarang ini dah boleh jadi mcm satu jenis pekerjaan.tapi blogging memerlukan ilmu supaya info yang diberikan tidak silap.
jika alasan kerajaan Perak dan Kedah adalah untuk menepis tohmahan dan fitnah,janganlah pula mereka meminta bloggers mereka untuk menyebar fitnah dan tohmahan.blogging the truth and not half-truth and lies.
Langkah yang baik..teruskan lah...
Post a Comment