"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Thursday, November 27, 2008

Isu Arak: Awat PAS Lembik Sangat Ha..? - malaysiakini

Seorang ahli PAS yang merancang membentang usul mengawal jualan arak di Majlis Perbandaran Klang (MPK) membatalkan hasrat itu di saat-saat akhir semalam kerana tidak mahu ia menjadi isu politik.

Mohd Termizi Ismail, anggota majlis pihak berkuasa tempatan (PBT) itu, asalnya berhasrat membentangkan cadangan itu dalam mesyuarat bulanan pagi semalam.

Bagaimanapun, sehingga akhir mesyuarat tengah hari semalam, perkara itu tidak menjadi kenyataan.

Dihubungi Malaysiakini hari ini, Mohd Termizi berkata, beliau membatalkan hasratnya itu setelah menimbangkan maklum balas rakan-rakannya yang bimbang usul yang bakal dibawanya dibesar-besarkan sehingga boleh mencetuskan kontroversi.

Lagipun, kata aktivis PAS kawasan Kota Raja itu, cadangannya telah dilaporkan media dengan meluas dan semua pihak telah mengetahuinya.

Semalam, akhbar-akhbar berbahasa Cina mendedahkan cadangannya itu untuk membataskan jualan alkohol di beberapa premis terbuka sehingga mencetuskan kebimbangan bahawa Selangor berniat mengharamkan minuman keras.

Dalam kertas cadangan itu, kini tersebar meluas di kalangan media, Mohd Termizi mencadangkan:

bullet buttonarak dijual di sudut agak tertutup dan papan tanda melarang jualan kepada umat Islam hendaklah dipaparkan dengan jelas,

bullet buttonkaunter jualan hendaklah dikendalikan oleh pekerja bukan Islam. Kaunter khas harus diwujudkan untuk jualan barangan bukan halal.

bullet buttonMPK melarang jualan alkohol di premis-premis berikut: kedai serbaneka 24 jam, kedai runcit, pasar mini, kedai ubat, restoran terbuka dan kiosk di stesen minyak.

Mengesahkan kertas cadangan yang beredar meluas itu, Mohd Termizi bagaimanapun tidak mengetahui bagaimana ia boleh jatuh ke tangan media.

TP - Lembik sungguh la mamat ni... apa nak takut kalau isu tu dipolitikkan? hang kan orang politik...

Lembab sungguh... hang takut Allah ka hang takut UMNO/BN?

Siapa Mohd.Termizi lembik ni? awat ada orang lembik macam ni dalam PAS? bengong sungguh... benda yang elok, buat je la... bangong sungguh..!

12 comments:

Anonymous said...

kau baru tahu, orang-orang PAS PIS PUS nie memang bodoh dan lembab. orang yang sokong PAS PIS PUS ni lagi bodoh. Hidup UMNO!

Anonymous said...

Setengah orang tu memang kuat menyalak aje.., bila dah ada power tak berani nak buat..!!!

Anonymous said...

Haah lah.. aku pun rasa PAS ni mcm melukut di tepi gantang aje dlm kerajaan negeri Selangor yang pro Cina nih asyik dok ikut telunjuk DAP saja...

Kau tengok budak2 Cina kat opis aku ni.. semenjak PR menang, semua besar kepala berlagak kat org2 melayu..

Kepada pemimpin2 PAS, tolong kotakan janji2 anda semasa pilihanraya dulu, jgn dok asyik takut dan berlembut aje dgn DAP...
atau kami semua akan tendang kamu semua dlm pilihanraya yg akan datang..

Anonymous said...

tak pasti jika PAS ada buat peraturan sebegini di Kelantan ataupun semasa PAS menduduki Terengganu dulu.

Anonymous said...

Sekarang depa baru tau bertapa sukar bila dah pegang kuasa,..

UMNO dah terlebih ariff isu ini,.

Sebelum ni depa hya pandai menyalak

Anonymous said...

Sudahlah kau Anonymous #1! kau bagi anak kau minum arak ke? tak pun kau tu memang kaki minum! Tu sebab kau tu 2X baral! macam kau punyo pemimpin suko minum arak, raba perempuan, main betina, bunuh orang guna bom! kau pun 2X bodoh! bangang tahap maksima, Bahalol, Idiot! bukan kau punya pemimpin je bangang & baral tapi dengan kau sekali bodoh & tolol @ bahalol...tak sekolah punya orang!

Anonymous said...

sama laa ngan Topeng Perak...
sedap mulut jer kata org bodoh laa, bangang laa..

kalau org kata kat ko rase mcm maner?

jgn laa belagak bagus sgt brader

Anonymous said...

Sebenarnya PAS bukan lembik tapi mencari kaedah yang lebih bagus dari apa yang dah dicadangkan. Apa gunanya buat sesuatu peraturan dan undang-undang tapi tak mendatangkan kesan kepada rakyat. Arak tidak boleh dihapuskan tapi sekurang-kurangnya mesti dicegah penggunaannya.

Unknown said...

Bukahkah menjadi TANGGUNG-JAWAB orang Islam menharamkan arak tu..?? Tak kira PAS, UMNO, PKR, atau yang masih Islam tak kira dimana parti mereka berada..!!!? Menyalaklah secara waras...kalau rasa2nya kaedah member of PAS tu tak sesuai...Usulkan cadangan atau beri kerjasama atas dasar ISLAM...Itu pun kalau masih ISLAM lah...Kalau dah kafir tu tst lah...

Anonymous said...

Baru pegang beberapa negeri dah kelam kabut. Ada hati nak pegang Malaysia konon. Negeri pimpinan diorang pun huru hara. Macam-macam hal. Itulah susahnya Pakatan Rakyat. PAS dengan perjuangannya. Begitu juga dengan PKR dan DAP, masing-masing ada perjuangan sendiri. Bila dah duduk bawah satu pakatan, kelam kabut jadinya...

Unknown said...

Media masa (terutamanya akhbar semasa) memainkan peranan untuk memburukan kerajaan PR...Tujuannya adalah untuk mengalihkan pandangan rakyat kepada masalah yang paling kritikal dihadapi oleh umno dan parti gabungan yg lainnya..
Hanya sedikit sahaja yang berfikit...

Anonymous said...

Kata negara Islam. Takkan hal arak pun tak boleh diselesaikan secara baik. Pakatan patut perjuangkan isu-isu sebegini dan bukan sekadar undi. Pakatan patut jadi pengubah suasana dan bukan biarkan suasana mungkar terus diwarisi. Awang.