"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Thursday, November 27, 2008

Sebahagian Semenanjung mungkin 'bergelap' - malaysiakini

Selangor, Kuala Lumpur dan sebahagian besar kawasan selatan pantai barat Semenanjung berdepan dengan risiko terputus bekalan elektrik dalam tempoh tiga hingga empat bulan akan datang jika projek Pengukuhan Sistem Kawasan Tengah (CAR) di Rawang, Selangor gagal disiapkan sepenuhnya.

Ketua Pegawai Eksekutif dan Presiden Tenaga Nasional Bhd. (TNB), Datuk Seri Che Khalib Mohamad Noh berkata, pihaknya bagaimanapun benar-benar berharap perkara itu tidak akan berlaku dan sedang berusaha untuk mengelakkannya.

''Sebenarnya TNB tidak dapat berbuat apa-apa lagi kecuali bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan sekiranya berlaku gangguan kerana segala urusan pengambilan tanah di Kampung Sungai Terentang melibatkan bidang kuasa kerajaan negeri,'' katanya kepada pemberita di pejabatnya di sini, hari ini.

Beliau menambah, projek CAR yang bernilai RM400 juta dan sebahagian besar daripadanya telah pun dibelanjakan, tidak dapat diteruskan ekoran terdapat bantahan segelintir penduduk di kawasan berkenaan.

Projek CAR adalah usaha TNB untuk meningkatkan bekalan elektrik ke Lembah Klang daripada 33 kiloVolt (kV) dan 125kV kepada 275kV membabitkan laluan Bukit Tarek dan Chubadak sejauh 60 kilometer.

Che Khalib menjelaskan, sebanyak 98 peratus daripada projek itu berjaya disiapkan dan hanya tinggal dua peratus atau satu kilometer sahaja lagi yang masih tergendala.

Katanya, projek tersebut hanya memerlukan penanaman empat menara jenis monopole (bertiang satu) sebelum tenaga elektrik dapat disalurkan kepada hampir 6.5 juta isi rumah yang sudah tertangguh sejak setahun lalu.

Che Khalib berkata: ''Keadaan (masalah bekalan elektrik) semakin kritikal seperti seurat getah yang sudah terlalu lama ditarik, sudah genting. Kalau getah ini terputus, seluruh Selangor, Kuala Lumpur akan mengalami gangguan bekalan. Bukan itu sahaja, gangguan ini boleh berjangkit sehingga ke Johor."

1 comment:

Anonymous said...

Siapa yang harus dipersalahkan jika hal ini benar-benar terjadi? Kesannya melibatkan sebahagian semenanjung. Kadang kala bantahan penduduk boelh menggagalkan usaha menyiapkan sesuatu projek walaupun hanya tinggal 2% lagi untuk siap. Pihak yang berkenaan harus bijak menangani hal ini sebelum sebarang kemungkinan terjadi...