"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Monday, November 24, 2008

'Letak jawatan jika skandal seks, rasuah'

Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengusulkan agar Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) parti itu meletak jawatan sekiranya terbabit dalam skandal rasuah mahupun seks.

Cadangan usul itu akan dikemukakan pada Kongres Nasional Wanita PKR yang diadakan 28 November ini.

Usul itu dibuat sebagai salah satu cara bagi membersihkan parti termasuk di peringkat kepimpinan daripada gejala tersebut.

Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin berkata, sekiranya usul itu diluluskan, mana-mana pemimpin yang didapati terlibat dalam skandal tersebut, jawatan mereka dalam parti termasuk wakil rakyat akan digugurkan secara automatik.

''Ini yang kita bawa dan bahaskan dalam kongres parti yang akan diadakan nanti.

''Kita tidak mahu ada pemimpin khususnya daripada PKR terlibat dalam gejala rasuah atau seks, kita mahu pemimpin yang bersih.

''Sekiranya diluluskan, kita turut mahu supaya usul ini dapat diikuti oleh parti sekutu seperti DAP dan Pas,'' katanya kepada pemberita di sini hari ini.

1 comment:

Unknown said...

Jangan lupa,,masih ada bahpun banyak lagi meraka yang berdarah keris dalam PKR tu...nak buang semua tabiat buruk yang terdidik lama..mmg sukar tapi boleh dilakukan...Letak jawatan adalah langkah jantan yang perlu dibuat oleh mereka yang menerima sedekah sex tu....meleleh ayaq lioq ooo....sedekah ayam panggang ke ayam bogel....cicah ngan sambal belacan...fffuuuhhhhh...

KPD yang terlibat ..Ingat!!! Rejam sampai mati tau...atau pun lu orang nak sattle kat mahkamah di Akhirat nanti...??? Mampoih..Sana tu takdak rasuah2 ni tau..!! Bertaubatlah sebab di Malaysia takdak Hukum Hudud....