Quot "Tahniah saya ucapakan kepada mereka yang terbabit atas usaha dan penat lelah mereka dan juga tahniah kerana kita tak mudah melatah akan karenah dan sikap kebudak-budakkan UMNO/BN dan mufti Perlis . UMNO/BN tak pernah belajar dari kesilapan walaupun mengalami tsunami 8 mac 2008."
Ayat dekat atas tu aku petik dari artikel dalam blog YB.Amirudin Shari (ADUN Batu Caves) artikel bertajuk Replika DSAI di turunkan akhirnya.
Kenapa pulak aku cuma bold beberapa patah perkataan je?
Sebabnya aku tak setuju dengan cara YB.Amirudin yang bagi aku "keterlaluan".
Disebut oleh aku "keterlaluan" bila YB.Amirudin pada pendapat aku bertindak "tidak matang" apabila melabelkan Mufti Perlis sebagai "kebudak-budakkan".
Bagi aku kenyataan tu bersifat "angkuh".YB.Amirudin tak perlu bersikap angkuh semata-mata kerana kenyataan Mufti Perlis itu tidak sehaluan dengan apa yang YB.Amirudin lakukan.
Sebagai YB muda, YB perlu belajar menghormati setiap kenyataan dari seorang mufti.saya percaya apa yang dinyatakan oleh tuan mufti tempohari adalah berdasarkan ilmu yang telah dipelajarinya dan bukannya menyebelahi mana-mana parti politik.
Setiap kenyataan yang dikeluarkan oleh YB seharusnya secara bermoral.bukan dengan melabel terus tuan mufti sebagai "budak-budak".seorang YB seharusnya mengeluarkan kenyataan (walaupun didalam blog) secara berhemah dan juga dengan hujah yang menyokong kenyataan YB.
Kenyataan YB yang saya sokong 1001% peratus ialah sikap "kebudak-budakkan UMNO/BN" tetapi tidak "dan mufti Perlis".
Harap YB lebih berhati-hati dilain kali dan rasanya YB perlu mohon maaf pada tuan mufti atas kenyataan "kebudak-budakkan"YB.
"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
6 comments:
Ya, saya sokong benar agar YB ni berhati hati buat kenyataan,jangan kerana kejahilan yang ada dalam diri YB merosakkan masa depan politik YB sendiri..Harap Maklum.
wa setuju kenyataan pd Tuan Mufti ada bunga2 keangkuhan TETAPI WA HARAP TUAN MUFTI KONSISTEN..SEPATUTBYA SEGALA PATUNG/LEMBAGA YG MENYERUPAI LEMBAGA BERNYAWA YANG DI BINA OLEH PEMERINTAH, TUAN MUFTI KENALAH KOMEN/KONDEM JUGA...janganlah dek kerana cari makan dengan pemerintah, di "tune-down'kan pulak komen/kondem tu.....
Memang tidak sepatutnya YB Amirudin melabelkan Mufti Perlis sedemikian. Saya setuju dengan pendapat yang mengatakan bahawa Mufti Perlis membuat kenyataan berdasarkan ilmu beliau dan tidak menyebelahi mana parti politik pun..
SEMEMANGNYA DR ASRI PERANGAI MACAM BEBUDAK... BLUM TGK REPLIKA TU DAH MENGARUT KOMEN BLA BLA BLA, CAM BAGUIH CAMNE ORG NAK RESPEK SAMA DIE, BOLE BLAA DIE INGAT DIE SAPA... KO NI PUN JGN LA TAKSUB KAT DR ASRI NI.
tu la pasal, nak tegur kena la menyeluruh, bukan terpilih. klau replika tu tanda keberhalaan, abeh tu tugu negara dan patung pm pertama kita camne? bila nak dirobohkan. bila mufti nak tegur?kan ramai mufti tapi nape senyap je? xkan cite blkg je kot.
Aku sokong YB Amiruddin, sbb aku kenal A-Z Mufti Perlis. Mufti Perlis ada satu sifat yg ramai org tak tahu, tp ramai Mufti seluruh Malaysia tahu mcm mana angkuh dia semasa mesyuarat Mufti peringkat kebangsaan.
Mufti Perlis ni suka mempromosikan dirinya jika ada sesuatu isu. Dia mahu dilihat sbg org yg berilmu, dia mahu org hormat dia.
Walaupun nampak mcm takde apa2, tp bg rakan2 lamanya semasa belajar di Jordan amat mengenalinya.
Sebab itulah pimpinan PAS amat berhati2 dgn Mufti Perlis kerana dia boleh hentam org bila2 masa je jika ada peluang.
Jika ulama'-ulama' yg menulis kitab-kitab lama pun dia boleh pertikai apatah lg tok guru-tok guru sekarang.
Mungkin anda semua kurang percaya. Tapi pelajar2 lepasan al-Azhar era 90-an sangat anti Mufti ni.
Satu lagi sila dapatkan VCD debat Mufti Perlis dgn Ustaz Hashim Yahya. Tengoklah sendiri mcm mana dia berperangai kebudak-budakkan bila kalah berhujah.
Post a Comment