"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Wednesday, December 03, 2008

CAR: Salah Selangor jika gagal? - malaysiakini

Kerajaan campuran Selangor wajar dipersalah jika projek Pengukuhan Sistem Kawasan Tengah (CAR) di Rawang gagal dilaksanakan.

Bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo berkata, ini kerana, kerajaan negeri tidak menggunakan kuasa mutlak yang ada padanya untuk mengambil alih tanah terbabit daripada Tenaga Nasional Berhad (TNB) serta memindahkan penduduk.

Katanya, kerajaan negeri mempunyai kuasa di bawah Akta Pengambilan Tanah 1960, Seksyen 3(1)(a) untuk mengambil tanah terbabit secara paksa atas kepentingan awam.

Sabtu lalu, Abdul Khalid menegaskan bahawa kerajaan negeri tidak harus dipersalahkan jika projek CAR bernilai RM400 juta di Sungai Terentang, Rawang gagal disiapkan kerana TNB mempunyai kuasa mutlak ke atas kawasan terbabit dan pihaknya tidak pernah menghalang projek itu diteruskan.

Sekiranya projek berkenaan tidak diteruskan segera, Selangor, Kuala Lumpur dan sebahagian besar kawasan selatan pantai barat Semenanjung bakal berdepan risiko terputus bekalan elektrik dalam tempoh tiga hingga empat bulan akan datang.

Sehingga kini, sebanyak 98 peratus daripada projek itu berjaya disiapkan dan hanya tinggal dua peratus atau satu kilometer sahaja lagi yang masih tergendala.

Penangguhan projek berkenaan hanya disebabkan 17 daripada lebih 200 keluarga masih berdegil untuk berpindah.

2 comments:

Anonymous said...

DAI TOYO,SUDAH...... TIME YOU SUDAH HABIS.....
APA PASAL KAMU TAK SIAP 1KM.....
ITU JAM YOU PUNYA COMMISSION BELUM MASUK......YOU SENDIRI DELAY....

BANYAK PANDAI MAIN GAME....SAMA MB BARU YA......
INI BUKAN BN DAH.....INI PAKATAN RAKYAT.......
HAK RAKYAT PASTI DI HARGAYI....
MALAYSIANNIGER BERSAMA MAKAL SAKTI

Anonymous said...

Memang kerajaan negari yang sekarang harus dipersalahkan kerana tidak menyelesaikan isu ini dengan segera. Nampak sangat mereka nak lepas tangan...