"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Wednesday, December 03, 2008

UMNO Singkir Zaid Ibrahim

Datuk Zaid Ibrahim dipecat dari Umno ekoran tindakan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu menghadiri perhimpunan parti pembangkang.

Keputusan tersebut dibuat dalam mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) yang berlangsung malam ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, pemecatan Zaid itu berkuatkuasa serta merta.

Menjawab soalan pemberita dalam sidang akhbar selepas mesyuarat tersebut, Abdullah berkata, Zaid juga tidak boleh merayu terhadap pemecatannya itu.

Sabtu lalu, Zaid menghadiri majlis perasmian kongres nasional PKR di Stadium Malawati, Shah Alam.

Zaid juga dilaporkan berkata, beliau datang sebagai tetamu selepas menerima undangan daripada pucuk pimpinan PKR.

Jelas Zaid lagi, kehadirannya adalah untuk mendengar apa yang diperkatakan pucuk pimpinan dan perwakilan PKR mengenai keadaan semasa dalam negara.

Surat tunjuk sebab


Awal bulan lalu, Zaid Ibrahim menerima surat tunjuk sebab dari Umno berkaitan dengan surat terbukanya kepada perdana menteri dan perjumpaannya dengan ahli-ahli Parlimen berhubung desakan memansuhkan ISA.

Parti itu meminta penjelasannya kerana turut sama menyertai majlis anti-ISA anjuran Pakatan Rakyat di Parlimen.

Zaid meletakkan jawatan sebagai menteri kabient kerana membantah tindakan kerajaan menggunakan ISA terhadap ahli Parlimen Teresa Kok, penulis blog Raja Petra Kamarudin dan wartawan Sin Chew Tan Hoon Cheng, September lalu.

Beliau juga turut melepaskan jawatan senator.

Pada 29 September lalu, Zaid menulis sepucuk surat terbuka kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, menggesa beliau supaya memansuhkan ISA.

Zaid turut menjadi sasaran apabila beliau, dalam ucapannya, telah mempersoalkan status orang Melayu.

Berikutan itu, beberapa pemimpin Umno mendesak parti itu mengambil tindakan terhadap Zaid.

Pilihanraya kecil

Mengenai pilihanraya kecil Parlimen Kuala Terengganu, Abdullah berkata, mesyuarat MT memutuskan supaya persiapan disegerakan.

MT juga, tambah beliau, mengarahkan bahagian-bahagian Umno lain, membantu Umno Terengganu dalam menghadapi pilihanraya kecil tersebut.

Kerusi parlimen tersebut kosong ekoran kematian penyandangnya Datuk Razali Ismail, Jumaat lalu.

Razali yang juga timbalan menteri pelajaran, meninggal dunia ketika bermain badminton di Institut Aminuddin Baki, Genting Highlands sewaktu menghadiri permukiman anjuran Umno Terengganu.

Abdullah juga berkata, soal pemilihan calon bagi pilihanraya kecil tersebut, belum lagi diputuskan.

Bagaimanapun, katanya, Jawatankuasa Pengurusan Umno boleh mencadangkan calon yang layak dan tidak perlu diadakan mesyuarat MT untuk membuat keputusan mengenainya.
------------------------------------------------------------
Umno Supreme Council today sacked Zaid Ibrahim from the party for attending opposition events.

Umno president Abdullah Ahmad Badawi made the announcement at about 11.30pm after chairing the supreme council meeting at party headquarters in Putra World Trade Centre in Kuala Lumpur.

Abdullah did not give any details of the opposition events that Zaid had attended.

The supreme council meeting started at 8.30pm and Zaid's participation in the opposite camp was among the main agenda for the day.

To a question by reporters, Abdullah said that Zaid had no avenue to appeal against his dismissal.

"Once he has been sacked, there is no opportunity to appeal," said the prime minister during the 10-minute press conference.

Also present at the press conference were his deputy Najib Abdul Razak and party secretary general Tengku Adnan Mansor.

When asked if Zaid had provoked this sort of action from the party by being seen with the opposition, Abdullah said:

"There were wrongdoings by Zaid as he was seen in the company of the opposition leaders. This is something which is against Umno ethics."

Abdullah said that Umno had no choice but to take that drastic action against Zaid.

"The party must be consistent in these sort of matters," he added.

The former de facto law minister has been toying with the opposition ever since he stepped down from his government post in September over his disapproval of the Internal Security Act.

Last Saturday he made a shocking appearance at the PKR national congress opening. He however had denied that he had joined any of the opposition parties.

"Yes, yes, I am still in Umno. I have not been sacked yet," he had told reporters on Saturday.

And on Friday night, he was seen at the DAP victory dinner in Penang.

Arif Shah Still An UMNO Member

On another matter, Abdullah said that the council also discussed the situation involving Seberang Jaya state assemblyperson Arif Shah Omar Shah who was reportedly being allured by the PKR.

There were also reports of an open tiff between Arif Shah and other state Umno leaders.

PKR leader Anwar Ibrahim also revealed today that he had invited Arif Shah to join PKR, but had not offered him the deputy chief minister 1 post as an enticement, as was widely reported.

Abdullah said that Arif Shah had met him and told him of his intention to remain in Umno.

"He came to meet me yesterday. He explained to me that he has no intention to join another political party.

"He remains as an Umno member and will be an Umno state assemblyperson," said Abdullah.

No Candidate Yet For Kuala Terengganu

On the forthcoming Kuala Terengganu by-election, Abdullah said that the party has not finalised a candidate for the parliamentary seat.

However he said that the party has ordered its election machinery to be prepared for the by-election.

The seat fell vacant following the sudden death of its two-term Umno MP Razali Ismail on Nov 28.

The Election Commission will be meeting on Friday to determine the nomination and polling dates for the by-election which should be held 60 days from today.

PAS has said that it would be placing its candidate for the by-election.

On another matter, Abdullah also said that Najib briefed the council members on the economic situation of the country.

1 comment:

Anonymous said...

Topeng perak,

Pemecatan Datuk Zaid Ibrahim dari UMNO itu hanyalah sekadar memenuhi syarat dalam peraturan parti. Sebenarnya Datuk Zaid ini telah lama dipecat oleh ahli majlis tertinggi ekoran kelantangan beliau meminta kerajaan memansuhkan akta ISA.

Walau bagaimana pun Datuk Zaid tidak keseorangan, jika beliau ingin meneruskan berkhidmat sebagai ahli politik tanah air masih ada parti yang sedia menerima keahlian Datuk Zaid. Pilih saja mana satu kesukaan Datuk...

Biarkan UMNO dengan labu-labunya... Mereka tiada pelapis yang berkelibar, berwibawa...
Ahli UMNO masih tak sedar diri, suasana politik semakin gawat, perlukan perubahan tapi mereka masih mabok dengan isu perebutan jawatan dalam parti.

Mereka membuat keputusan mengikut suasana semasa, tidak pada jangka masa panjang. Mereka sangka pemikiran melayu UMNO sekarang masih berfikiran ala Mahathir, anggok-anggok, geleng-geleng,ye yey ye. ok ok ok, setuju setuju.... setuju... tiada bantahan.

Lihat apa yang Tun Dr. Mahathir laungkan dalam blognya.. dia mahu orang lain ikut cara dia, seperti mana dia memerintah dulu... Tapi apa yang berlaku sekarang UMNO bertambah parah.

UMNO terjun dengan labu-labunya...biarkan, biarkan!