"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Wednesday, December 03, 2008

Warta fatwa haram rokok terpulang kerajaan negeri - malaysiakini

Majlis Muzakarah Fatwa Kebangsaan tidak boleh memaksa kerajaan negeri mewartakan fatwa berkaitan rokok yang telah diputuskan haram kerana ia terletak di bawah Jabatan Mufti Negeri masing-masing.

Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz berkata, majlis itu telah memutuskan bahawa merokok adalah haram sebelum mewartakannya pada 1997.

"Keputusan mengharamkan rokok itu juga dibuat berdasarkan kajian secara menyeluruh dan mendalam daripada pelbagai konteks dan perspektif mengikut hukum syarak.

"Sehubungan itu, ia terpulang kepada kerajaan negeri masing-masing untuk menentukan sama ada ia patut diwartakan," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas isu yang dibangkitkan di Parlimen berhubung fatwa pengharaman rokok yang dibuat pada 1997 dan sehingga kini belum diwartakan oleh kerajaan-kerajaan negeri.

Menteri Kesihatan, Datuk Liow Tiong Lai memberitahu Dewan Rakyat semalam bahawa pihaknya akan mengadakan perbincangan dengan pelbagai pihak yang arif dalam agama Islam untuk meminta supaya fatwa pengharaman rokok diwartakan dengan segera bagi memastikan jumlah perokok dapat dikurangkan.

Wan Mohamad berkata, pihaknya tidak merasakan langkah mewartakan fatwa pengharaman rokok itu mustahak kerana ia tidak memberi kesan drastik ke atas perokok.

Jelas beliau, apa yang penting adalah mempertingkatkan kempen kesedaran bahaya merokok seperti yang dilakukan oleh Kementerian Kesihatan yang melarang perbuatan merokok di tempat-tempat awam.

"Perkara ini juga memerlukan kerjasama daripada para perokok sendiri. Mereka lebih mengetahui kesan buruk merokok. Bagi orang Islam pula, hukum telah ditetapkan dan mereka seharusnya boleh membuat keputusan," katanya.

Sementara itu, Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria juga berpendapat bahawa mewartakan fatwa pengharaman rokok itu tidak penting sebaliknya pihak berkuasa perlu menghentikan import rokok.

"Cara tersebut lebih efektif berbanding penguatkuasaan undang-undang ekoran perokok akan tetap berdegil untuk berhenti daripada meneruskan tabiat buruk itu," ujarnya.

Mengenai hukum merokok, beliau berkata, sekiranya perbuatan merokok itu telah memudaratkan perokok, ia sememangnya haram.

2 comments:

Anonymous said...

haaaaaa...rasanya fatwa berkaitan rokok takkan dikeluarkan.sebab semestinya ada imam-imam yang hisap rokok juga.dan ahli-ahli dalam majlis fatwa pun mungkin ada juga yang hisap rokok.jadi,takkan mereka nak kuarkan fatwa terhadap benda yang dah jadi kebiasaan buat mereka?

merokok membahayakan kesihatan.itu semua orang tahu.cuma samada nak ambil endah atau tak je amaran tu.

Anonymous said...

Dah tau merokok tu membahayakan kesihatan, buat apa merokok? Benda yang membahayakan kesihatan memanglah haram. Kalau tak dikeluarkan fatwa pun kita tau. Apa yang perlu ialah kerajaan harus memainkan peranan dalam menghentikan import rokok dari luar...