Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) telah memutuskan untuk merombak serta melantik barisan pimpinan Pengerusi Perhubungan Negeri yang baru .
Keputusan tersebut dicapai oleh Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi selepas bermesyuarat di Ibu Pejabat Parti Keadilan Rakyat, kata Presiden KeADILan, Dato' Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Rombakan serta lantikan ini bertujuan memacu serta memperhebatkan jentera parti bagi memastikan agenda perubahan dapat dilaksanakan, katanya.
Majlis Pimpinan Tertinggi juga secara sebulat suara memutuskan untuk melantik Dato' Seri Anwar Ibrahim sebagai Pengerusi Perhubungan Negeri bagi negeri Sabah dan Sarawak.
Keputusan tersebut dicapai setelah mempertimbangkan sokongan yang kini semakin nyata terhadap KeADILan, terutamanya selepas keputusan Pilihan Raya Umum ke-12 dan pembentukan gagasan Pakatan Rakyat, katanya.
Ia bagi memastikan berlakunya perubahan mendasar serta menunjukkan komitmen tuntas KeADILan di dalam memperjuangkan agenda rakyat keseluruhanny; dari Perlis hingga ke Sabah dan Sarawak, ujarnya.
"Agenda untuk melakukan perubahan di Sabah dan Sarawak memerlukan dokongan dan sokongan dari segenap lapisan masyarakat.
"Manakala Sarawak dijangka akan mengadakan pilihan raya negerinya dalam masa terdekat, perlantikan Anwar sebagai Pengerusi Perhubungan kedua-dua negeri tersebut menjustifikasikan keprihatianan kami terhadap permasalahan di sana serta amat signifikan dalam transisi peralihan kuasa Pakatan Rakyat ke Putrajaya," katanya.
"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)
Thursday, December 25, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Sokongan terhadap Pakatan semakin nyata? Mimpi ke apa ni? Takkan tak nampak sekarang ni ramai orang tak puas hati dengan Pakatan? Orang yang sakit hati dengan Anwar je dah cukup banyak, ni lagi mau berangan cakap sokongan semakin nyata. Kelakar lah wei. Ni sibuk nak attack Sabah Sarawak untuk meraih sokongan pulak lah tu.
Post a Comment