"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Thursday, December 25, 2008

Karpal failkan permohonan terhadap Razak Baginda - malaysiakini

Teka-teki pembebasan pendakwaan terhadap penganalisa politik, Abdul Razak Baginda masih berlegar dan menjadikan pihak keluarga Altantuya Shaariibuu tidak berpuas hati.

Peguam Karpal Singh, bagi pihak keluarga Altantuya Shaariibuu, telah memfailkan satu permohonan di mahkamah tinggi yang mendesak pihak pendakwa membuat rayuan terhadap pembebasan penganalisa politik, Abdul Razak Baginda.

Karpal juga memfailkan satu lagi permohonan bagi lanjutan masa untuk membolehkan pihak pendakwa membuat rayuan tersebut.

Karpal memfailkan permohonan tersebut hari ini ekoran keputusan pihak pendakwa untuk tidak mengemukakan rayuan terhadap pembebasan Abdul Razak.

Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam, Datuk Mohd Zaki Md Yasin membebaskan Abdul Razak pada 31 Oktober lalu atas alasan pihak pendakwa gagal membuktikan kes terhadapnya.Dua lagi tertuduh - cif inspektor Azilah Hadri, 32, dan koperal sirul Azhar Umar, 37 - dari Unit Tindakan Khas (UTK) yang menyediakan kawalan keselamatan untuk perdana menteri dan timbalan perdana menteri, bagaimanapun diperintahkan membela diri terhadap tuduhan membunuh Altantuya.

2 comments:

Anonymous said...

Selagi tuntutan bapa Altantuya ni tak diselesaikan dan diadili seadil-adilnya, selagi itulah kes ini akan membayangi Najib dan isteri. Bila tengok muka Najib dan Rosmah, pasti terbayang kes Altantuya...

Anonymous said...

Tapi apa lagi yang tak puas hati ni agaknya. Dah mahkamah tentukan macam tu, itulah keputusannya. Kalau ada bukti kukuh penglibatan dia kemukakanlah..Senang sikit cerita.