Tabung Pemberhentian Pekerja perlu ditubuhkan untuk membantu pekerja yang bakal diberhentikan berikutan kelembapan ekonomi global ketika ini.
Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Syed Syahir Mohamad berkata, tabung itu akan berfungsi seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) bagi menjaga kebajikan pekerja.
“Tabung pemberhentian tersebut boleh memperoleh dananya melalui caruman pekerja dan majikan sama seperti caruman KWSP dan Perkeso.
“Pengurusan dana ini boleh ditadbir oleh PERKESO bagi memastikan caruman terhadap pekerja dapat dilakukan,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas trend pemberhentian pekerja yang diramal serius tahun depan dengan seramai 4,749 pekerja akan diberhentikan oleh 102 majikan dalam tempoh tiga bulan pertama.
Jumlah pemberhentian pekerja itu adalah angka rasmi yang dilaporkan oleh majikan, kebanyakannya dalam industri elektronik kepada Jabatan Tenaga Kerja (JTK) setakat ini.
Persekutuan Majikan-majikan Malaysia (MEF) pula menganggarkan 200,000 hingga 400,000 pekerja akan hilang pekerjaan tahun depan ekoran keadaan ekonomi yang diramalkan gawat pada suku tahun pertama dan kedua 2009
"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)
Thursday, December 25, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Ini adalah satu cadangan yang baik bagi membantu golongan yang tidak bernasib baik yang diberhentikan kerja.
Post a Comment