"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Thursday, December 25, 2008

Program pengajian tiga IPTS disiasat - malaysiakini

Tiga buah institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) yang didakwa menawarkan program pengajian yang tidak memenuhi piawaian Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) sedang disiasat, kata Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Idris Haron.

Beliau berkata, kementerian tidak boleh bertindak melulu terhadap tiga IPTS tersebut, sebaliknya melakukan siasatan mengikut prosedur yang telah ditetapkan.

''Sebelum ini, beberapa kompaun, saman, denda dan penangguhan telah dikenakan ke atas 13 IPTS lain yang didapati tidak memenuhi piawaian MQA,'' katanya di sini semalam.

Beliau yang enggan mendedahkan IPTS terlibat berkata, antara prosedur siasatan ialah mendengar kenyataan daripada kedua-dua belah pihak iaitu pihak yang membuat laporan dan IPTS tersebut.

Bagaimanapun, katanya, pihak kementerian tidak boleh mengambil tindakan drastik dengan menarik lesen IPTS terbabit kerana masih ada penuntut yang sedang mengikuti pengajian.

Idris berkata, IPTS tersebut akan diberi tempoh yang sesuai untuk memperbaiki program- program yang mereka tawarkan.

2 comments:

Anonymous said...

sekarang ni ada banyak sangat IPTS.bukan nak kata semua IPTS ni tak bagus tapi ada tu macam tunggang-langgang.tak cukup lecturer la,sistem kacau bilau la.macam-macam hal lah katakan.yang jadi mangsa ialah student sampai bila ada dah grak rupa-rupanya sijil tak laku.buat penat je belajar.

Unknown said...

memang ada IPTS yang tak boleh dipercayai tambah-tambah lagi yang kurang dikenali.entah-entah sijil dan pensyarah yang ada tak bertauliah.kerajaan kena bagi tindakan pada mana-mana IPTS yang jenis cukup makan je dan kurang pada kualiti.