BELUM pun berlangsung hari penamaan calon bagi pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu, paluan gendang dan suara menentang calon pilihan Presiden Umno, Dato' Wan Ahmad Farid Wan Salleh ligat kedengaran sana-sini.
Biarpun media arus perdana setiap hari memainkan propaganda ke atas PAS berikutan masih belum mengumumkan nama calonnya, namun 'najis yang melekat' kepada calon Umno terus diperkatakan membayangi perihal sebenar kekalutan dalam Umno.
Pemilihan Wan Farid yang diumumkan oleh Timbalan Presiden Umno, Dato' Seri Najib Tun Razak pada 20 Disember lalu tidak berjaya 'mengamankan' kelompok yang bertelagah.
Sumber ahli Umno di Kuala Terengganu menyatakan, sebenarnya Wan Farid telahpun ditentang sejak sebelum hari pengumuman calon.
Sumber mengakui, ahli umno dan jentera pilihan raya umum Mac lalu masih 'bengang' dengan sikap Wan Farid yang dilihat hanya menjadi 'elit' tetapi tidak membantu kempen.
Pemilihan Wan Farid juga dilihat oleh kelompok penyokong Ketua Puteri Umno Terengganu, Nordiana Shafie sebagai 'sabotaj' kerana kononnya Wan Farid yang menjadi dalang hingga Nordiana tidak dilantik sebagai senator semula.
Nordiana sendiri pastinya mengidamkan akan dicalonkan kerana 'signal' berikutan tidak dilantik sebagai Senator untuk penggal yang kedua dilihat sebagai langkah untuk mencalonkan beliau.
Namun segalanya meleset bagi Nordiana, akhirnya 20 Disember lalu Wan Farid pula yang dipilih sebagai calon paling rapat dengan menantu Perdana Menteri, Khairy Jamaluddin.
Paling dibimbangi beberapa tokoh yang juga pemimpin Umno Terengganu dikatakan berkira-kira untuk mengenakan Wan Farid dan dalam bahasa lain, 'sabotaj' rakan baik menantu PM itu pada 17 Disember ini.
Wan Farid juga pastinya 'tahu' perkembangan ini, namun 'alang-alang' telah dicalonkan dan mandat telah diberikan Presiden Umno, beliau pastinya akan menggunakan kesempatan untuk mendaki.
Namun Wan Farid pastinya bakal tidak tersangka akan perubahan yang sebenarnya berlaku dalam Umno mutakhir ini dimana ahli Umno seperti dalam pilihan raya umum lalu mampu melakukan perubahan untuk tidak mengundi calon Umno jika tidak kena dengan selera mereka.
Lihat sahaja fakta dalam pilihan raya umum lalu ahli Umno secara 'borong' memangkah calon Pakatan Rakyat untuk menzahirkan kemarahan kepada Umno yang hancur kerana ditadbir Abdullah Ahmad Badawi dengan nasihat 'tingkat 4'.
Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri mengakui senario yang berlaku dalam pilihan raya umum lalu yang akhirnya menjerumuskan Umno kepada keparahan.
Pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu mungkin akan mengulangi senario yang sama, pastinya kubu kuat Umno itu bakal disabotaj oleh mereka yang tidak berpuas hati dengan pemilihan Wan Farid.
Angin perubahan sudah mula bertiup, kalangan pemimpin bawahan Umno di Kuala Terengganu sudah mula mengkritik dan melahirkan rasa tidak puas hati mereka.
Seperti kata seorang pemimpin Umno tempatan, BN harus mempertimbangkan kekuatan PAS di tiga kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN): Batu Burok, Ladang dan Wakaf Mempelam.
"Ruang untuk menang ada tetapi kena kerja kuat. Tetapi ketika ini peluang adalah 50-50," katanya.
Malah BN juga perlu memikirkan faktor lain seperti pengundi atas pagar dan pengundi Cina.
Paling menjelekkan mata pengundi pastinya personaliti Wan Farid yang dianggap "elit" menyebabkan calon itu sukar mendapat sokongan pengundi kampung.
Pengundi juga dikatakan mula membandingkan Timbalan Menteri Dalam Negeri itu dengan bekas ahli Parlimen Kuala Terengganu Dato' Razali Ismail, yang diibaratkan "langit dengan bumi".
"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Nak juga tu timbulkan masalah UMNO. Ye lah, mana boleh jadik kucar kacir sorang2 ye tak? Mesti nak carik jugak orang punya kucar kacir, baru adil..kan?kan?
Post a Comment