Dari Blog http://anwaribrahimblog.com/.
Sya Omel menanyakan :-
salam DSAI…apa yang hendak ditulis ialah suara kami peringkat bawah yang lebih hampir kepada rakyat…saya remaja wanita berusia 23 tahun, seorang ahli Bloggernetwork@perak berjuang untuk menjadi penahan tomahan kepada Kerajaan Pakatan Rakyat, mengikuti perjuangan ini sejak berumur 13 tahun mula merasa bahang merebut kekuasaan atau pun gila kuasa dikalangan pemimpin parti ini.bila saya berkempen untuk parti ini saya akan ditanya dimana ISLAMNYA parti ini,dimana benarnya laungan keramat parti ini….Mungkin saya ada jawapannya…tapi bagi yang dibawah mereka melihat rentak yang diatas…!!!
Semakin hari dapat dilihat kepincangan dari soal kepimpinan baik di atas mahupun dibahagian bawah,sebagai ketua umum apakah yang dilakukan oleh DSAI dan PREsident parti untuk memperbetulkan beberapa kepincangan tersebut…Pertamanya soal TKM1 p.Pinang apakah tidak ada tindakan wajar yang perlu dilakukan,cukupkah hanya sekadar kata-kata nasihat yang acap kali diulang dan hanya dipandang remeh oleh TKM1 tersebut.Sebagai pemimpin wajarlah DS menunjukan nilai sebenar kepimpinan islam itu sendiri…Bendunglah masalah ini sebelum terlambat…Sebagai pemimpin ISLAM takutlah hanya kepada ALLAH SWT!!!Jika DS ada pandangan dan jawapan pada soalan saya emailkan kepada saya agar yang dibawah mengerti derita yang diatas….
Secara individu saya menghormati DSAI dan DSWA sebagai ibu dan Bapa penggerak REFORMASI rakyat,selagi Parti ini menegakkan kebenaran dan menjatuhkan kezaliman maka saya sedia berjihad untuk ISLAM dan ALLAH swt yang menjadi wadah perjuangan Parti ini..KALAU TAKUT DENGAN RISIKO JANGAN BICARA SOAL PERJUANGAN…LAWAN TETAP LAWAN….ALLAH HU AKBAR….
——
Saudari sya omel,
Jazakallah..dan kami menerima baik teguran saudari. Kami juga dihujani dengan pelbagai kritikan dalam hal yang sama, sebahagiannya dianggap munasabah tetapi terdapat juga tohmahan melulu.
Permasalahan tersebut ditangani sebaiknya, namun harus adil dan berhikmah. Tanpa kecuali semua pemimpin akan dipertanggugjawabkan. Maka inshaallah kami akan bertindak seandainya terdapat bukti sahih salahlaku atau kecuaian siapa saja.
Wassalamualaikum.
ANWAR IBRAHIM
"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)
Thursday, December 25, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
8 comments:
Pakatan Rakyat masih dalam peringkat bayi.masih banyak kelemahan yang perlu dibaiki berbanding UMNO dan BN yang kini dah jadi warga emas.nak baikipun susah.tengok ajelah dr mahathir.
situasi ketika ini lebih baik jika dibandingkan dengan 51 tahun diperintah UMNO dan BN.
Cuma harap-harap datuk seri anwar dapat selalu turun ke padang mendekati golongan marhain ini dan kepada pemimpin PKR lain juga ketepikan ego dan dekatilah rakyat kerana dengan sokongan mereka kita berupaya memerintah seperti sekarang
Topeng perak,
Dalam ribuan penyokong PKR, aku adalah salah seorang daripadanya berjuang untuk menjadi penahan tomahan kepada Kerajaan Pakatan Rakyat.
Aku memang merahsiakan identiti sebenar aku, namun jangan biarkan kritikan yang diberi tanpa dinilai dan diberi perhatian. Jika baik digunakan, jika tidak sesuai jangan digunakan.
Ada dikalangan orang berselindung disebalik anonymous untuk mengeluarkan perkataan kesat dan bersikap kurang ajar. Pengkritik seperti ini boleh lah disimpan dalam tong....
Walau bagaimana pun aku mengucapkan terima kasih diatas kesudian pemimpin PKR menerima pandangan pengkritik dalam blog.
Jadikan pengkritik sebagai kawan, jangan jadikan pengkritik sebagai virus. Parti boleh jadi huru-hara seperti UMNO sekarang !
sebagai contoh yg saya dpat....terjemahkan diselangor....segelintir pemimpin pkr...masih berpikiran umno....ada ahli exco AMK yg menekan menteri besar untuk sesuatu habuan pada diri dan org kirikanan beliau....nk kan projek.....saya rasa 90%...kesemuanya...
Macam mana pula dengan isu Hudud yang kembali berbangkit? Apakah kenyataan daripada Anwar? Kenapa senyap? Kenapa tak ulas? Takut salah cakap ke? Takut dengan DAP? Atau serba salah sekarang?
Anwar dah banyak kali mengecewakan penyokong dia.kata dah cukup mp tapi tak pernah cukup pun.tarikh sentiasa berpinda-pinda.seolah-olah penyokong diberi harapan palsu.kalau benar Anwar mahu berjuang,berjuanglah betul-betul.jangan hanya menaburkan janji semata-mata.
rakyat terutamanya bukan melayu lebih takutkan umno berbanding hukum hudud tu.bila menang umnolah power.bila kalah rakan komponen umno seperti MCA,GERAKAN DAN MIC dipersalahkan kononnya cuba menjejaskan ketuanan melayu.kau hina kaum cina kaum pendatang.pakatan rakyat tak pernah hina kaum cina.kau cakap elok sekolah satu sistem hapuskan sekolah tamil dan cina.tercalar hati kawan-kawan kau yang berbangsa cina dan india.
ini namanya tak kenang budi.bila nak undi bukan melayu di kauala terengganu,mulalah buat muka seposen.
tok pesan kepada kaum cina dan india,umno tu amat merbahaya jika dibiarkan berkuasa.
Orang dah ramai sangat tak puas hati dengan Anwar ni. Nak percaya cakap dia pun orang dah susah nak buat. Dia pun sedar dengan keadaan tu sekarang. Cuba tengok dia sekarang, bukan ada cerita apa2, senyap je..Agaknya nak merancang sesuatu isu sensasi yang boleh dijuallah tu kot.
Anwar tak berani nak cakap apa2 pasal isu hudud ni. Dia kan tengah memperjuangkan kaum india konon2nya. TApi macam biasa, nanti mesti ada jadi macam bila dengan orang bukan Islam dia cakap lain, dengan orang Islam dia cakap lain. Biasa lah kaki putar.
Post a Comment