"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Sunday, December 14, 2008

Kementerian Pengangkutan Mempertimbangkan Lebih Satu Pengusaha Perkhidmatan Kereta Api: KTM bakal terkubur..! - malaysiakini

KUALA LUMPUR, 13 Dis (Bernama) -- Kementerian Pengangkutan mengkaji kemungkinan menambah pengusaha yang menyediakan perkhidmatan kereta api selain Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB), yang diarah untuk meningkatkan perkhimatannya dengan cepat.

Menteri berkenaan Datuk Seri Ong Tee Keat berkata ini adalah sesuatu yang telah dipertimbangkan sekian lama dan sehubungan ini, sebuah pasukan petugas khas ditubuhkan diketuai KTMB dan penasihat kementerian itu untuk mengubah suai perkhidmatan KTMB.

"Walaupun kenaikan harga bahan api, penukaran kepada rel sebagai jenis pengangkutan pilihan tidak ada perkembangan dengan baik. Apabila saya mengambil alih, ada masalah dengan gerabak-gerabak dan kami juga terpaksa menjalankan audit yang komprehensif mengenai trek kereta api untuk Semenanjung Malaysia," katanya dalam kenyataan di sini, Sabtu malam.

Beliau berkata beberapa pegawai kanan kementerian itu dan KTMB mengadakan lawatan sambil kerja ke Itali tiga hari lepas bagi mempelajari pengalaman negara lain dalam perkhidmatan kereta apinya.

"Kami melawat sebuah syarikat milik kerajaan Itali yang menjalankan operasi perkhidmatan kereta api di Rom. Saya juga menaiki kereta api laju tinggi dari Rom ke Florence pada Khamis untuk mengalami sendiri perkhidmatan itu dan perjalanan 330km hanya mengambil masa sejam," kata beliau.

Beliau berkata idea itu yang sudah diilhamkan dengan begitu lama kini ialah mengenai pengasingan aset pemilikan dan perkhidmatan berkaitan kereta api.

Di Malaysia, kami telah mulakan trek ini dengan mewujudkan Perbadanan Aset Kereta Api untuk memperbaiki penggunaan aset kereta api, kata beliau.

Bagaimanapun, Ong berkata pengasingan fungsi mungkin tidak dapat dilaksanakan secara optimum dan kini KTMB masih memiliki gerabak-gerabak, mengurus stesen dan mengusakan perkhidmatan kereta api dan ini tidak dilakukan di negara lain seperti Itali.

"Di Itali, pihak lain menjalankan operasi perkhidmatan kereta api, memiliki trek dan mengendalikan stesen.

Stesen keretapi di sana dijadikan hub komersial dengan aktiviti seperti membeli-belah dan tempat menjamu selera," tambah beliau.

TP - Mula-mula "timbang", lepas tu "propose", lepas "propose" trus "lulus", lepas "lulus" bukak tender... lepas bukak tender... jeng jeng jeng...

Scomy pun masuk... bila scomy dah masuk... KTM jadik apa?

Ada can tak KTM jadik macam Pulau Batu Putih?

Ini script
wa sudah hafal la beb...

3 comments:

kulatlapok said...

salam sdr:

Udahlah KTM tak pernah untungpun dari dulu ni dah nak tambah pulak..?? Keretapi Tanah Melayu... tinggal kepala Melayu je........

Mr Joker said...

Nanti depa akan habaq "KTM tak pernah untung sebab masalah pengurusan yang tidak fleksibal".

jadi sebagai pembaharuan dalam memperkasakan KTM maka KERAjaan mengambil langkah menSWASTAkan KTM bagi menyuntik perkembangan yang lebih baik.

sape nak bet ngan aku?

Anonymous said...

Ini Macam bisnes serupa Yahudi style..