Seramai 36 banduan contoh di Penjara Pengkalan Chepa di sini diselubungi kesayuan apabila dipertemukan dengan anggota keluarga mereka hari ini sebagai hadiah di atas kelakuan baik dan disiplin yang tinggi.
Pengarah Penjara berkenaan, Mohamad Rosidek Musa berkata banduan berumur antara 30 hingga 50 tahun itu dipilih daripada 1,365 banduan di penjara itu termasuk dua wanita, yang dipenjarakan kerana kesalahan jenayah serius dan menjalani hukuman penjara seumur hayat.
Pertemuan itu bagi menimbulkan keinsafan di kalangan banduan betapa pentingnya menghargai keluarga yang sentiasa hadir memberi sokongan dan menyayangi mereka walaupun dipenjarakan, katanya kepada pemberita selepas Majlis Temuan Keinsafan di sini Ahad.
Sementara itu, seorang banduan lelaki yang menghadapi hukuman penjara seumur hayat dan dikenali sebagai Ayah Su, 39, berkata, pertemuan itu disifatkan sangat berharga setelah hampir lapan tahun beliau tidak berkesempatan bertemu ibunya.
"Sejak saya dipenjarakan, saya tidak pernah berpeluang bertemu ibu kerana kesihatan ibu yang tidak mengizinkan selain jarak yang jauh menyukarkan pertemuan ini," katanya.
Beliau yang berasal dari negeri ini pada awalnya dipenjarakan di Penjara Kajang, Selangor, dibenarkan dipindahkan ke Penjara Pengkalan Chepa bagi memudahkan ibunya yang uzur menemuinya.
"Mujurlah ada pertemuan yang membolehkan saya berdepan dengan ibu seumpama ini, sekurang-kurangnya saya berpeluang mencium tangan ibu, memeluk dan memohon kemaafan dan doa darinya kerana saya pun tidak tahu adakah atau bila saya punya peluang untuk dibebaskan," katanya.
"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)
Sunday, December 14, 2008
36 Banduan Terpilih Di Penjara Pengkalan Chepa Dipertemukan Dengan Keluarga
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment