"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Sunday, December 14, 2008

Shahrir, Petrol & Kerajaan Pembangkang - malaysiakini

Harga runcit petrol dan diesel di negara ini dijangka turun lagi dalam masa terdekat selaras dengan penurunan harga minyak mentah di pasaran global, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Shahrir Abdul Samad.

Beliau berkata pada masa ini terdapat ruang untuk menurunkan harga itu dan kerajaan selalunya mengadakan semakan terhadap harga bahan api itu pada awal atau pertengahan bulan sebelum membuat sebarang pengumuman.

"Insya-Allah ada ruang untuk turunkan lagi harga itu dalam masa terdekat. Maknanya sekarang dah dekat nak sampai (masa) kepada penurunan harga itu," katanya ketika melancarkan kempen Penurunan Harga oleh Pasaraya Sunshine di Bayan Baru, di sini.

Pada 3 Dis lepas, Perdana Menteri mengumumkan penurunan harga petrol dan diesel sebanyak 10 sen seliter, dengan petrol RON97 kini dijual pada harga RM1.90 seliter daripada RM2 seliter dan RON92 kepada RM1.80 seliter daripada RM1.90 seliter manakala diesel dijual pada harga RM1.80 seliter daripada RM1.90 seliter.

Ketika diminta mengulas mengenai kemungkinan penurunan harga minyak itu pada sidang akhbar kemudiannya, Shahrir mengesahkan penurunan harga itu boleh berlaku.

Beliau berkata apabila harga runcit petrol dan diesel sudah semakin murah, maka elemen subsidi sudah tidak ada lagi dan rakyat tidak boleh terus mengharapkan agar kerajaan memberi subsidi selama-lamanya.

"Subsidi hanya diberi apabila harga berada pada paras yang tinggi bagi membolehkan pengguna mempunyai sedikit duit poket untuk berbelanja dan merancakkan kitaran ekonomi domestik tetapi jika harga sudah rendah, tidak perlu lagi diberi subsidi," katanya.

Ketika diminta mengulas permintaan Gabungan Persatuan Teksi dan Kereta Sewa Pulau Pinang yang mahu kerajaan mengkaji semula kadar subsidi petrol RM1.92 seliter yang mereka nikmati sekarang berikutan harga petrol telah turun kepada RM1.90 seliter, beliau menasihati mereka agar tidak lagi menggunakan "kad subsidi" itu.

Katanya pemandu teksi seharusnya mendapatkan petrol dengan harga di pam dan tidak lagi perlu kepada subsidi memandangkan harga petrol telah turun dan dalam rekod tidak pernah ada permintaan daripada teksi untuk subsidi diberikan sehingga ke paras RM1 seliter.

"Ini bukan soal memberi subsidi mengikut pergerakan harga yang menurun dan berterusan tetapi mereka dibantu semasa dalam kesusahan dan tidak ada asas untuk mereka memohon sedemikian," kata Shahrir.

Mengenai usaha menurunkan harga barang, Shahrir berkata semua pihak perlu bekerjasama menjayakan kempen berkenaan dan tidak meletakkannya di bahu kementerian dan kerajaan pusat semata-mata.

Katanya kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan juga mempunyai peranan menggalakkan peniaga supaya mengurangkan harga barangan, misalnya melalui kelulusan pengeluaran lesen penjaja.

"Jangan dipolitikkan usaha menurunkan harga barang ini kerana kerajaan pembangkang pun mempunyai tanggungjawab yang sama untuk menjaga kebajikan rakyat," katanya.

TP - aku nak komen ayat bawah skali yang aku hilite tu je...

Sebelum PRU12 dan setiap kalu Pilihanraya Umum atau Pilihanraya kecil, seluruh rakyat Malaysia diwar-warkan bahawa "HANYA KERAJAAN UMNO/BN MAMPU". itu slogan yang selalu dilaung-laungkan sebelum ni diseluruh ceruk Malaysia.

Sekarang baru sedar bahawa kerajaan pembangkang pun mempunyai tanggungjawab yang sama untuk menjaga kebajikan rakyat".

Poor God Damn Shahrir..! baghu sekarang hang sedar peranan pembangkang ya?

Khak Ptuih...!!!

2 comments:

Anonymous said...

Sekarang ni pembangkang toksah dok tuduh kerajaan itu dan ini lagi. Kerajaan dah cuba buat yang terbaik tapi hangpa tetap nak bangkang. Kalau hangpa memerintah negara pun hangpa akan buat sama seperti kerajaan la ni buat. Entah-entah lagi teruk; nak merasa harga minyak murah, jangan mimpilah. Anwar Ibrahim pun janji nak turunkan 50 sen seliter je jika beliau berjaya perintah negara pada 16 September lalu. Cuba tengok la ni, kerajaan dah turunkan harga minyak lebih daripada 50 sen.

Mr Joker said...

Farouk - hang kene ingat fakta.

PemBANGKANG - BANGKANG.

dh namanya pemBANGKANG, BANGKANG je la... tak kan kerja BANGKANG-BANGKANG pun KERAjaan nak ambik jugak?

Kalau KERAjaan nak buat jugak kerja BANGKANG-BANGKANG ni, elok la tukar kerajaan...

yang perintah tikar jadik pemBANGKANG lepas tu BANGKANG la puas-puas...

amacam? ada berani?