"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Sunday, December 14, 2008

Gangguan Bekalan Air Di Beberapa Kawasan

Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) akan melakukan kerja penyelenggaraan infrastruktur dan menaiktaraf perkhidmatan di Gombak, Petaling dan Kuala Lumpur, yang akan menyebabkan gangguan bekalan air di beberapa kawasan bermula Selasa hingga Khamis ini.

Beberapa kawasan berdekatan Jalan Kepong dan Jalan Jinjang dijadualkan terlibat kerana kerja penggantian injap rosak bermula pukul 9 malam Selasa sehingga 7 pagi keesokan harinya.

Kerja pengalihan paip air di Jabatan Hutan, Jalan Besar Sungai Buloh juga dijadualkan pada hari yang sama melibatkan beberapa kawasan di Petaling bermula pukul 10 malam sehingga 6 pagi hari Rabu.

Pada Khamis pula, kerja pengalihan paip akan dilakukan di Jalan Genting Klang dari persimpangan Jalan Air Panas hingga Jalan 1/27A Kuala Lumpur bermula pukul 9 malam sehingga pukul 5 pagi keesokan hari dan melibatkan beberapa kawasan berhampiran dalam daerah Gombak.

Syabas dalam kenyataannya hari ini berkata sebarang pertanyaan atau aduan orang ramai boleh menghubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan Syabas menerusi talian bebas tol 1-800-88-5252.

Orang ramai juga boleh menggunakan perkhidmatan pesanan ringkas (SMS) dengan menaip PUSPEL dan hantar ke 39222 atau lawati laman web www.syabas.com.my.

2 comments:

Anonymous said...

Baguslah jika notis gangguan bekalan air ini dikeluarkan awal supaya orang ramai dapat membuat persedian. Walaupun gangguan ini tidak lama tapi sekurang-kurangnya orang ramai dapat mengambil langkah berjaga-jaga...

p/s: Geram dengan MBSA kerana sering membuat semburan asap bunuh nyamuk (forging) tanpa notis awal. Tau-tau je dengar bunyi motor pam penyembur asap lalu. Kelam kabut tutup makanan. Kena pula saya yang ada anak kecil (bayi), kelam kabut bawa anak keluar supaya tak lemas.

Mr Joker said...

Mahyudin - sama kes dengan saya, bila bunyi motor pam je terus kelam kabut, tambah sakit hati bila sorang anak kecil saya kekurangan G6PD.