"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Sunday, December 14, 2008

Perhimpunan IPF kecoh, 2 kumpulan bersaing anjur mesyuarat

Perhimpunan Agung Ke-16 Parti Progresif India (IPF), yang diadakan buat pertama kali tanpa pengasasnnya, mendiang Tan Sri M.G. Pandithan, dicemari pagi ini.

Yang lebih menarik, kumpulan pemimpin yang disingkirkan dan digantung dari IPF mengadakan perhimpunan 'tergempar' mereka sendiri di sini pagi ini.

Pertemuan kumpulan bersaing ini berlangsung dari pukul 11 pagi hingga 2 petang di sebuah restoran dari Hotel Dynasty.

Kekecohan bermula sejak pukul 8 pagi di Hotel Dynasty di sini, tempat berlangsungnya perhimpunan agung, ekoran rasa tidak puas hati pemimpin-pemimpin dan ahli-ahli parti itu yang dipecat atau disingkirkan.

Mereka mendakwa Pemangku Presiden, Puan Sri Jayashree Pandithan tidak layak memegang jawatan tersebut menggantikan Pandithan.

Pandithan mengasaskan parti itu selepas dipecat dari MIC dua dekad lalu.

Parti itu telah memohon menyertai Barisan Nasional (BN).

Perhimpunan itu dirasmikan oleh Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor pukul 11 pagi.

Kumpulan kira-kira 100 orang itu yang diketuai oleh Ketua Bahagian IPF Kelana Jaya, P. Murugam menggesa Jayashree melepaskan jawatan dan tidak mengetuai ahli-ahli IPF lagi.

Menurut Murugam, Perhimpunan Agung IPF yang diadakan hari ini secara tidak sah kerana beberapa ahli-ahli Majlis Tertinggi, Ketua-ketua Bahagian dan ahli-ahli cawangan tidak mendapat notis pemberitahuan mengenai majlis tersebut.

Jelas beliau, ia merupakan satu komplot beberapa pihak untuk merebut kuasa dengan cara yang tidak sah.

Difahamkan bekas Ketua Pemuda IPF, R. Ravi Shanker telah membuat laporan polis berhubung perkara tersebut bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini daripada berlaku.

Ravi Shankar diminta melepaskan jawatan kerana telah diisytiharkan muflis.

Kira-kira 20 anggota polis mengawal perjalanan perhimpunan itu.

Jayashree memangku jawatan itu sejak kematian Pandithan.

Sebulan lalu, beliau mengumumkan keputusan menggantung Timbalan Presiden dan Naib Presiden masing-masing V. Senggutuan dan M. Mathyalagan atas alasan disiplin.

Sementara itu, Jayashree menyifatkan kekecohan yang berlaku adalah sebagai masalah dalaman parti semata-mata.

"Saya tidak lihat kekecohan yang berlaku sebagai satu masalah besar kepada parti. Ia tidak akan menggugat keharmonian parti ini. Kita akan terus maju," katanya pada sidang media selepas majlis perasmian.

"Mereka tidak puas hati selepas saya mengambil alih parti ini. Kita boleh berbincang dan bertolak ansur dalam hal ini," ujarnya.

Beliau juga yakin masalah tersebut akan dapat diseleksaikan secepat mungkin.

Kini IPF mendakwa mempunyai kira-kira 300,000 ahli.

MESYUARAT KUMPULAN BERSAING


Dalam pada itu, tidak jauh dari hotel berkenaan, kumpulan pimpinan Mathyalagan pula mengadakan 'EGM' di Restoran Kari Kepala Ikan Sentul di sini.

Ia dihadiri kira-kira 400 orang ahli IPF, kata Ketua Penerangan kumpulan itu, K. Veerayah ketika dihubungi sebentar tadi.

Veerayah, bekas Ketua Pemuda IPF berkata, mereka meluluskan empat usul.

Antara lain usul itu tidak mengiktiraf kepimpinan Jayashree termasuk menarik balik sokongan kepada beliau untuk menggantikan Pandithan.

Esok Mahkamah Tinggi dijadual mendengar injuksi yang difailkan oleh kumpulan ini terhadap status kepimpinan IPF semasa.

1 comment:

Anonymous said...

Not at all surprising.It has been their trade mark.To make it more interesting, UMNO has started to follow suit.