"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Sunday, November 08, 2009

Penulis Blog/Website Pro PR Perlu Lebih Bertanggungjawab..!

Akhir-akhir ini semakin banyak blog-blog dan juga website-website tumbuh bak cendawan selepas hujan dan kebanyakannya adalah pro Pakatan Rakyat. masing-masing mempunyai info-info dan juga sumber-sumber berita tersendiri (orang dalam) dan tak kurang juga yang sekadar copy & paste dari laman-laman lain.

Bagi aku, semua ini adalah 1 perkembangan baik dalam dunia cyber. sudah ramai yang berani kedepan untuk menyampaikan dan menyebarkan pelbagai maklumat yang tidak ada diluar sana khusususnya dari media perdana.

Aku tak nak ulas panjang-panjang pasal laman-laman copy & paste sebab bagi aku, untuk permulaan, masing-masing ada cara tersendiri dan yang lebih penting, masing-masing saling memerlukan.

Cuma apa yang aku nak bincangkan dan luahkan disini ialah berkenaan dengan sikap blogger-blogger pro Pakatan Rakyat yang sesetengahnya 'terlalu extreme" dalam menyampaikan apa-apa berita walaupun sumbernya tidak sahih dan kebanyakannya beritanya tidak benar.

Mungkin masing-masing nak mengejar "hits" dan tak kurang juga secara tak sedar ada perasaan -
  • "aku nak jadi blogger pertama yang mengeluarkan berita PANAS ini..!"
Atau dalam erti kata lain -
  • "gua nak feymes"
... tu bahasa artis... kalau ada yang terasa, aku mintak maaf... sekadar teguran...

Nasihat aku, sebaiknya tak perlu jadi yang pertama dalam menyampaikan apa-apa berita kecuali kita berada ditempat kejadian atau berita tersebut dialami oleh kita sendiri. kalau berita datangnya dari "sumber", pastikan dahulu supaya berita tersebut "disahkan" supaya kita tak perlu bersusah payah nak menjawab balik apa-apa persoalan yang timbul selepas berita tersebut dikeluarkan didalam laman masing-masing.

Pengeluaran sebarang maklumat adalah satu perkara yang baik untuk umum tetapi penafian maklumat yang telah dikeluarkan oleh kita dengan hujah dan bukti adalah 1 "BALA" kepada kreadibiliti kita sebagai blogger.

Tak kiralah berita tersebut berkenaan dengan orang yang kita benci atau kita sayangi ianya tak membawa sebarang makna bagi pembaca kalau apa yang disampaikan tidak benar dan dinafikan oleh orang-orang tertentu dengan hujah dan juga bukti.

Berkenaan dengan "bahasa" dalam berblogging, yang ni aku tak boleh nak buat apa-apa sebab aku sendiri pun bukan bagus sangat dalam "berbahasa" bila aku blogging sebab bahasa blogging ialah "bahasa jiwa yang terpendam". cuma kalau dah masuk tahap mencarut tu, bukan "bahasa jiwa' bagi aku tapi bahasa "orang yang ketandusan seks"... macam blogger-blogger pro UMNO/Beer eNd.

Nak marah, marahlah sebab itu kenyataan... ini negara "Demokrasi Kukubesi", jadi medium yang ada ini adalah 1-1nya tempat untuk meluah pendapat dan melepas geram. kalau tak nak kena maki dengan blogger, jangan buat benda-benda gila. tak kiralah engkau tu pimpinan UMNO/Beer eNd atau Pakatan Rakyat. itu undang-undang majoriti blogger pro Pakatan Rakyat yang aku kenal.

Eh... korang ingat, korang dekat luar sana je yang pandai buat undang-undang..?

Akhir-akhir ini juga dan mula timbul blogger-blogger pro Pakatan Rakyat yang "buyers"... maksud aku cenderung untuk mempertahankan individu-individu tertentu sahaja, atau mungkin juga berminat untuk menjadi pelapor berita kepada individu-individu tertentu sahaja.

Yang ni juga bagi aku kurang baik. lidah rasmi memang diperlukan, tetapi sebagai blogger, itu 1 perkara yang tidak baik. berhenti saja dari blogging, tukar profession kepada "wartawan rasmi sipolan-sipolan". itu lebih baik dan jujur.

Sebab aku tak berapa minat dengan blogger-blogger buyers macam ni ialah, dah ada kecenderungan untuk melapor apa yang baik sahaja dari individu-individu tertentu dan yang tak baik, ditutup sebaik-baiknya. maknanya (bahasa paling mudah...) - "tukang kipas"...

Eh... ini bukan kes cemburu, tapi sebab benda-benda macam ni lah yang akan merosakkan individu yang kita "kipas" tu... laporkan semua yang baik-baik dan tutup segala kelemahan, tiada lagi teguran atau kritikan. itu 1 masalah besar bagi orang yang kita "kipas".

Kalau korang paham maksud aku, Alhamdulillah... kalau tak paham, "Bala"... fikir sendiri la kawan... aku anggap korang bijak...

Lain-lain aku malas nak tegur lagi... aku bukan bagus sangat pun... cuma nak peringat, kalau boleh, janganlah siarkan apa-apa berita yang tak sahih... cuba sahkan dulu maklumat yang korang dapat...

Dapatkan source terdekat dengan orang-orang penting... jangan malu & jangan segan untuk mintak no hubungan PA mana-mana orang penting kalau terserempak. itu penting untuk sahkan apa-apa maklumat. setakat aku dok berlegar-legar tepi-tepi longkang sampai hari ni, tak de lagi mana-mana PA orang-orang penting Pakatan Rakyat yang kedekut nak bagi no hubungan.

Pimpinan sendiri pun tak de lagi yang kedekut nak bagi no hubungan setakat yang aku mintak... TGHH aku tak tau la sebab aku tak pernah mintak...

9 comments:

LegendZ said...

Ambil yang jernih buang yang keruh..

http://wwwaizatlegendz.blogspot.com/2009/11/bahaya-fitnah.html

asas said...

bro TPU

aku suka dengan imej baru perisik rakyat ni..

tapi boleh tak lu jangan guna warna kuning...

tak nampak siut....pakaila kaler lain...

ok...only my 2cents

Anonymous said...

Peranan blogger sebenarnya penting dan mulia jika medium ini digunakan dengan sebaiknya dgn niat menyalurkan berita yg benar dan maklumat yg sahih sbg alternatif kpd rakyat yg sdh lama dibohongi oleh pelbagai saluran media BN. Jangan berdusta dan jangan sebarkan perkara yg keji kerana ini dilarang Allah dan orang yg terlibat akan mendapat azab yg besar.

Anonymous said...

TP sebenarnye tergugat ngn kemunculan blogger lain...cite lu da xpanas cam dulu r....

Anonymous said...

ala TP pun kadang ada gak post entry yg belum tentu sahih lagi benar..cam dulu PRU bagan pinang bukan main post cite mamat pas kene libas ngn parang siap kepala tuang pati sirap ros..hahha apa cer bro?komen sikit????

Anonymous said...

Hentikanlah memfitnah-fitnah ni...apatah lagi kalau melaga-lagakan org......ingat sikit melayu islam....jangan butakan mata kerana duit...agama tergadai...

" NERAKALAH TEMPAT PUAK-PUAK NI "

...Insyallah...

Anonymous said...

Assalamualaikum Tulang Besi..

Syukur Alhamdulillah aku mampu membezakan berita yang baik dengan yang tak baik....

So far aku baca blog hang cukup memuaskan hati....

Semua orang hang nak tegur....takdak bias-bias....bodek tak ada langsung...

Setakat ini aku anggap hang seperti Hamba Allah yang menegur Pemimpin hebat Umar Al Khattab.....

Hang ada pilihan...join UMNO...tulis yang baik-baik saja pasal UMNO....hidup senang kaya raya keanak cucu....

Tapi hang ada prinsip....ada Iman....tu yang aku senang dengan hang....hang ikhlas..(aku rasalah)

Teruskan usaha mulia hang ini kerana Allah!

Terima Kasih
Assalamualaikum!

-Taiping-

Anonymous said...

"bias" bro....
bukan "buyers". tu lain maksud

Anonymous said...

Pas ditimpa bala sebab Hadi ni dah jadi Ibnu Taimiyah yang suka menyesatkan orang, walhal beliaulah yang sesat sebab bercinta dengan umno kafir.