"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Thursday, August 21, 2008

Perak MB defends Exco men held for alleged graft

IPOH, Aug 21 — The Perak government yesterday defended the two State Executive Council (Exco) members detained by the Anti-Corruption Agency for allegedly receiving bribes to approve a housing project.

"The Pakatan Rakyat state government did not approve a housing project costing RM180 million at Seri Iskandar. The two Exco members could not have approved the project since it does not exist," said Menteri Besar Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.



Describing it as a political conspiracy, he said the case would not affect the running of the state government.



Mohammad Nizar, who had earlier chaired a Pakatan Rakyat meeting at his residence here, said the state government would not stop the ACA from investigating its state assemblymen.



Also present were PKR vice-president Dr Lee Boon Chye, state PKR chairman Ismail Yusof, state DAP chairman Datuk Ngeh Koo Kham and state assemblymen.



The ACA yesterday detained the two Exco members and four men for corruption involving a housing project costing RM180 million at Seri Iskandar near here.



They were also believed to be involved in bribery in the form of sexual favours.



The ACA said three of them including an Exco member were detained after receiving bribes over RM100,000 for speeding up the processing of a housing project.



Mohammad Nizar said Pakatan Rakyat would form a panel of lawyers to defend the detained Exco members.

-TMI

Dari Mahakamah Majistret Ipoh

(kemaskini 9:50am)Sekarang ni diperkarangan Mahkamah Majistret Ipoh, 1 perhimpunan Solidariti untuk YB Jamaluddin & YB Osman sedang diadakan.lebih kurang 300 orang menyertai perhimpunan ini & sedang memenuhi perkarangan Mahkamah Majistret Ipoh.

8:55am - YB Jamaluddin tiba di Mahkamah Majistret Ipoh.

9:15am - Ketibaan YB Ngeh Koo Han

Untuk pengetahuan anda juga, pada pagi ini pihak BPR akan mengemukakan permohonan tahanan reman bagi YB Jamaluddin manakala pada sebelah petang pula pihak Kerajaan Pakatan Rakyat Perak akan mengemukakan permohonan mengenepikan perintah tahanan reman YB Jamaluddin & YB Osman di Mahkamah Tinggi Ipoh.

9:30am - YB Jamaluddin dikenakan tahan reman selama 2 hari untuk membantu sisatan.tuduhan terhadap baliau ialah : meminta RM5000 sebagai balasan meluluskan projek.

9:45am - YB Jamaluddin dibawa ke BPR

9:50am - Orang ramai mula bersurai

*Satu kenyataan penuh tentang konspirasi ini akan disiarkan di blog PerakExpress.com petang ini.

Liwat: Khairy cabar Anwar sumpah sahut Saiful

(Dikemas kini) PERMATANG PAUH: Naib Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin mencabar Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya menyahut seruan pelbagai pihak dengan bersumpah bagi membersihkan diri beliau berhubung isu meliwat yang dihadapinya sekarang.



Ketika berceramah di bilik gerakan Putera Umno di Seberang Jaya dekat sini malam tadi, Khairy berkata, "kalau benar terimalah cabaran ini."



""Pada hari ini, ini bukan lagi soal politik, ini soal maruah."



"Kalau hendak pertahan maruah, sumpahlah untuk membuktikan apa yang dituduh oleh Saiful itu tidak betul," kata beliau.



Anwar yang bertanding untuk bertapak semula di Permatang Pauh dan kemudian menjadi Ketua Pembangkang di Parlimen dan menuju ke Putrajaya telah berkali-kali menolak desakan sedemikian, sebaliknya menyerahkan kepada Mahkamah Syariah untuk membuat keputusan.



Isu Saiful masih menjadi modal kempen dalam pilihan raya kali ini.



Kata Khairy, Pemuda Umno mengulangi cabaran yang dibawa oleh Putera Umno, yang pertama kali meminta Anwar supaya bersumpah menafikan apa yang didakwa oleh Saiful.



"Saya ulangi atas Semangat Putera (Umno), kita cabar sekali lagi, buatlah (sumpah) sebelum pilihan raya (hari pengundian),"katanya lagi.



Mohd Saiful Bukhari Azlan, 23, yang mendakwa dirinya diliwat oleh Anwar, Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) bersumpah Jumaat lalu.



Minggu ini dia memberi keterangan berhubung dakwaannya itu kepada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).



Kelmarin, Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Wan Zahidi Wan Teh berkata, perbuatan Saiful memegang kitab suci al-Quran di tangan kanannya ketika melafazkan sumpah laknat di Masjid Persekutuan tidak bercanggah dengan syariat Islam dan tidak boleh dianggap meniru cara agama Kristian.



Kata beliau, kewujudan persamaan zahir dengan apa yang dilakukan oleh penganut Kristian tidak boleh dianggap meniru agama itu.



Anwar mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 8 Ogos lalu terhadap tuduhan melakukan hubungan seks di luar tabii terhadap Saiful di sebuah kondominium di ibu negara pada 26 Jun lalu.



-mSTAR Online

Dana PRK BN Dirampas Di Hong Kong?

RTM & TV3suku selalu ulang berita yang sama...hari ni aku pun nak ulang jugak berita yang sama sambil-sambil tu aku hilitekan yang mana yang boleh buat puaka-puaka UMNO/BN "seronok" tak nak baca... hahahahaha...

Penangkapan adik angkat Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman iaitu Michael Chia di Hong Kong pada jam 2.35 petang khamis (14 Ogos 2008) telah membongkar misteri di sebalik enigma.

Michael Chia ditangkap polis Hong Kong di Lapangan Terbang Chek Lap Kok, Hong Kong ketika ingin menyertai penerbangan ke Kuala Lumpur.


Menurut sumber rapat Polis Hong Kong dan Interpol,
mereka telah memantau kegiatan haram Michael Chia sejak tiga tahun lalu dan akhirnya berjaya menangkap Michael bersama bukti wang tunai Singapura bernilai RM16 juta yang diseludup keluar daripada Hong Kong di dalam beg pakaiannya.

Setelah disoalsiasat,
Michael merayu agar dibebaskan kerana wang berkenaan milik Musa Aman dan beliau hanyalah agen membawa keluar wang berkenaan ke Kuala Lumpur bagi membantu meringankan beban kewangan Barisan Nasional dalam proses penamaan calon di Permatang Pauh dan sebahagiannya untuk kegunaan pilihanraya kecil berkenaan.


Penangkapan ini membuatkan Musa Aman berang dan bimbang beliau akan terjerat berikutan penahanan Michael Chia bersama bukti dan lebih malang lagi apabila akaunnya di beberapa bank di Hong Kong dibekukan serta merta.


"CM (Musa) marah betul atas kebodohan Michael Chia kerana bawa wang tunai. Kenapa tidak TT (Telegraphic Transfer) saja? Saya rasa CM kita dalam bahaya," ujar Datuk Amin Khan, seorang proksi Musa Aman ketika memberitahu rakannya yang juga Datuk melalui telefon di sebuah coffe house hotel terkemuka yang sempat didengar wakil Malaysia Today di Sabah yang secara kebetulan menikmati makan malam di situ.


Penangkapan suspek ini mengejutkan semua pihak terutama Badan Pencegah Rasuah Sabah kerana Michael Chia tidak boleh meninggalkan Negara ini tanpa mendapat izin BPR kerana pasportnya dalam simpanan BPR atas beberapa pertuduhan rasuah bersama Loh Man Heng.


Michael yang sebelum ini ditangkap bersama rakan kongsi Musa Aman, Loh Man Heng dan Chong 'Khung Long' (Chong Dinasour) kemungkinan akan dihadapkan ke Mahkamah Tinggi Hong Kong pada hari ini bagi menghadapi pertuduhan penyeludupan wang dan pengurupan wang haram (Money Traficking dan Money Laundering).


Penangkapan Michael ini memberi tamparan hebat kepada Ketua Pengarah BPR, Datuk Seri Ahmad Said Hamdan kerana desas desus yang tersebar meluas mengatakan bahawa Kes Rasuah Loh Man Heng telah ditutup berikutan pengakuan Loh Man Heng sendiri bahawa beliau telah membayar sejumlah RM4 juta melalui pegawai kanan BPR, Mohd Jamidan Abdullah yang sebelum ini menutup kes Musa Aman dalam kegiatan pembalakan haram di Keningau.


Sebelum ini, Pengurus Besar Operasi Kumpulan Yayasan Sabah, Mohd Daud Tampokong yang sering kelihatan bersama dengan Michael Chia di Hong Kong dan Singapura untuk menjalankan transaksi kewangan bagi pihak Musa Aman.


Namun bak kata pepatah modern, sepandai-pandai ayam melompat, akhirnya menjadi KFC, Michael Chia terjebak walaupun sebelum ini telah berjaya melakukan traksaksi pemindahan wang dalam jumlah yang besar, namun kali ini tertangkap kerana gelojoh membawa wang tunai dengan jumlah melebihi had yang dibenarkan.


Musa Aman begitu mempercayai Michael Chia kerana syarikat bapa Michael, Chia & Sons telah banyak membantu Musa di era beliau membina kerjaya dalam bidang pembalakan dan kontrak, terutama penyewaaan skau (tongkang) untuk menarik kayu balak Musa.


Apabila Musa menjadi Pengarah Yayasan Sabah dan Ketua Menteri Sabah, Michael telah menjadi 'Taiko' dalam bidang perhutanan terutama di konsesi Yayasan Sabah.

Michael turut dibantu oleh Chong 'Khung Long' atau yang digelar 'Dinosour' kerana kegiatannya dalam bidang pembalakan haram untuk membekalkan balak kepada Michael selain daripada konsesi dengan kerjasama Pengarah Perhutanan Sabah, Datuk Sam Mannan @ Sam Singh.


Berita penangkapan Michael Chia belum diketahui umum namun tidak mengejutkan penduduk Sandakan kerana selama ini beliau menunjukkan kekayaan luar biasa dan hidup mewah dengan memiliki sekurang-kurangnya dua bungalow dan 17 kereta mewah, selain harta yang dibeli di Hong Kong dan Singapura.

"Satu sport rim keretanya sama nilainya dengan sebuah proton wira," ujar William, seorang mekanik yang menyelenggara keretanya sejak tujuh tahun lalu.


Dalam pada itu, hubungan antara Daud Tampokong dan Michael Chia terlalu rapat kerana mereka sering dilihat bersama di Shang Hai, Shang Zen, Hong Kong, Taiwan, Singapura dan Quang Zhou untuk menguruskan 'ang pau' untuk Musa Khan yang kebanyakannya dimasukkan ke dalam akaun Hajjah Rosmawati Haji Lasuki (Gundik Musa Aman) yang juga Pengurus Sumber Manusia dan Pentadbiran Yayasan Sabah.

Najib Tak Ingat Tapi Rakyat Ingat.

Najib tak ingat agaknya masa dia janji itu ini.tapi aku ingat.

Sebelum PRU12 haritu najib penah cakap rege minyak tak naik lepas PRU12.alih-alih naik

Si Bijan ni 2-3 hari lepas janji pulak nak turunkan rege minyak kununnya masa kempen di P-044.aku nak tanya Bijan...rege minyak skarang USD113 se tong, Singapore dah turunkan rege minyak kat Republik tu sebanyak 5 kali tapi Malaysia?

Singapura bukan negara pengeluar minyak pun...Malaysia negara pengeluar minyak...bila rege minyak global naik, KERAjaan Puaka UMNO/BN kalut naikkan rege minyak kat Malaysia...bile rege minyak global turun....KERAjaan puaka UMNO/BN kalut cari isu nak tutup tak mau rakyat tau rege minyak global dah turun...ni la KERAjaan KERA...

Menteri pun KERA...PM KERA, TPM KERA, menteri-menteri EXCO semua KERA...sebab apa aku panggil KERA?sebab perangai sekor-sekor memang macam KERA...cuba bagi bunga pada KERA & tengok apa KERA tu buat dengan bunga tu?

Hancur rabak bunga tu kan?sama la...sama dengan menteri-menteri puaka-puaka UMNO/BN...baik PM, baik TPM, baik menteri-menteri exco semua, sama macam KERA...dapat hasil negara Malaysia, rabak dikerjakan, negara Malaysia sendiri rabak dikerjakan oleh barisan menteri-menteri KERA...

Minyak naik, tak payah nak kaji apa-apa, terus naikkan...bila minyak turun, kene kaji...entah apabenda nak dikaji aku tak tau...tu pun aku jamin kalau tak kerana PRK P-044 korang jangan harap la nak dengar pasal nak turun rege minyak ni...Bijan ni tau nak janji je...janji jubur dia la...

Khak Ptuih..!

Anwar, UMNO & Israel

2 - 3 hari ni ade beberapa ekor puaka-puaka UMNO/BN terjerlus masuk ke blog aku.bukan terjerlus sebenarnya & yang tu aku sedia maklum...

Depa pun nak cari maklumat jugak & yang tu jugak aku sedia maklum bahawa ekor puaka-puaka UMNO/BN ni pun tak berapa harap dekat mainstream media depa...

Depa pun tau jugak media pujaan depa tu 100% tak boleh dipercayai laporannya kecuali laporan keputusan judi haram.yang tu depa memang percaya habis.

Tu cerita dalam blog aku ni...yang ni cerita dekat luar blog pulak & cerita dalam cerita...nak tau baca...tak nak tau...tak payah baca...aku tak paksa...

Dah lama aku dengar ekor puaka-puaka UMNO/BN ni dok bercerita kununnya kalau Pakatan Rakyat dapat bentuk Kerajaan & DSAI dilantik jadi Menteri Perdana makanya negara Malaysia akan tergadai dek julat-julat Amerika berplatformkan DSAI sebagai broker...

Na...ku tak faham macam mana yang dikata DSAI ni ejen Amerika Yahudi...apa ke bodoh sangat ke Amerika ni nak ambik DSAI yang bukan dalam kerajaan untuk nak jadi ejen dia?sungguh kelakar hujah depa...aku penah tanya apa la buktinya DSAI tu ejen Amerika?

Depa soh aku perati balik gerak-geri DSAI.tengok kengkawan dia kat luar negara.oOo...tengok kawan...dah aku pun seram jugak la kalau lagu tu...aku pun ada jugak kengkawan kat negara Amerika Yahudi tu.dah aku ni kira ejen Amerika jugak ke?

Menteri-menteri dalam Almari UMNO/BN pun selalu jugak keluar negara jumpa mat-mat saleh yahudi...depa pun ejen ke?

Kalau nak jawab bab ejen ni aku tak reti nak ulas panjang-panjang...aku cuma ada 1 soalan je.soalan aku ni jarang ekor puaka-puaka UMNO/BN jawab...ops...bukan jarang...tapi tak pernah pun depa jawab...selalunya rapar meter la depa pecut bila aku tanya soalan ni...

Soalan ni senang je...

Gambar bendera apakah yang berkibar didalam gambar diatas & bangunan apakah yang ada didalam gambar tersebut?

Soalan cepumas...UMNO ni ejen Israel ke?kenapa kibar bendera Israel dekat bangunan UMNO?

*baik terbalikkan bendera Malaysia dari kibar bendera Israel...ada betoi dak cakap aku ni?

Wednesday, August 20, 2008

Konspirasi Politik Untuk Jatuhkan Kerajaan Perak

Kenyataan bersama yang dikeluarkan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat Perak membabitkan kes 2 orang EXCO Parti KeADILan Rakyat hari ini.

Kerajaan Pakatan Rakyat Perak menegaskan bahawa wujudnya 1 konspirasi politik tertinggi dengan tujuan cuba menjatuhkan Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak.

Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak sekeras-kerasnya menafikan kewujudan Projek Perumahan yang dikatakan bernilai RM180juta di Sri Iskandar.

Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak juga TIDAK PERNAH MELULUSKAN apa-apa projek perumahan di Sri Iskandar seperti yang diwar-warkan setakat ini.

Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak juga menegaskan bahawa mustahil bagi YB Jamaluddin dan juga Kapten Osman meluluskan apa-apa projek perumahan kerana ianya adalah DILUAR BIDANG KUASA MEREKA.

Sebagai sokongan kepada kedua-dua EXCO yang ditahan berkenaan dengan kes yang disebutkan, 1 KEMPEN SOLIDARITI telah dilancarkan untuk YB Jamaluddin dan juga YB Osman.

Sebagai langkah pertama KEMPEN SOLIDARITI, 1 perhimpunan akan diadakan pada jam 9:00 pagi esok di perkarangan Mahkamah Majistret Ipoh.

Seterusnya pada jam 2:30 petang 1 lagi perhimpunan akan diadakan di Mahkamah Tinggi dimana Hakim akan membuat keputusan untuk menilai semula perintah tahanan reman kedua-dua tertuduh.

Flip-Flop..Semalam 3, Hari Ni 8!!!

Magic sungguh no...semalam aku akses ke Direktori Kakitangan JAKIM dalam tu Imam Masjid Wilayah cuma 3 orang...1 Imam Besar & 2 lagi bertaraf Imam Biasa...

Flip-Flop hari ni aku akses balik...toing... :

Cawangan >> Pejabat Imam Besar -
Tn. Hj. Abdul Malek bin Salleh ( Imam Besar )

Cawangan >> Unit Perhubungan Awam/Penerangan-
Abdul Halim Bin Zakaria ( Imam )

Cawangan >> Pemantapan Sahsiah-
Hafizan Bin Ibrahim ( Imam )
Mohamad Saghir bin Sunny ( Imam )
Tengku Mohd Hasif bin Hj. Abd Rashid ( Imam )

Cawangan >> Sumber Ilmu & Maklumat-
Mohd Nazarudi bin Mohd Nadzir ( Imam )
Mohd. Zulkhairi bin Zulkifli ( Imam )
Ramlang bin Porigi ( Imam )

Kah kah kah kah kah...aku gelak sorang-sorang...

8 orang Imam???

Tu aku tak nak la pertikai... kalau depa nak letak 50 ratus orang Imam pun tak de masalah... tapi jangan la nampak sangat mainan sarkis ni...apa JAKIM pun dah jadi kuda tunggangan UMNO/BN jugak ke?

Mentang-mentang semalam kita dedah si Ramlang tu bukan Imam, terus hari ni depa naikkan pangkat jadi Imam... tapi nak naikkan sorang nampak sangat kan? jadi naikkan terus 5 orang...

Tapi bila dah jadi macam ni cerita dia lagi la seronok kan?semalam 3 orang... Ramlang cuma PEMBANTU HAL EHWAL ISLAM...bila orang dah bising si Ramlang ni bukan Imam...terus tak sampai 24 jam naik pangkat... tergesa-gesa jugak macam masa nak angkat sumpah...

Chait...ini dah macam cerita Hindustan la...apa-apapun...TAHNIAH RAMLANG & TAHNIAH JAKIM sebab berjaya menjadi tunggangan UMNO/BN...makin lama makin jelas kisah ni..!

Artikel terdahulu tentang Siapa Ramlang Porigi di [ sini ]

Tahniah..!Ramlang Porigi Naik Pangkat..!

Seorang teman memaklumkan kepada saya perihal Ramlang Porigi (gambar atas), saksi yang didakwa sebagai iman Masjid Wilayah Persekutuan tatkala Saiful Bukhari Azlan melafazkan sumpah laknatnya tempoh hari.

Agak mengejutkan kerana pautan direktori kakitangan Masjid Wilayah Persekutuan sudah pun dikemaskini hari ini. Jika semalam, direktori tersebut menyatakan terdapat seramai tiga orang imam yang bertugas di masjid itu, hari ini jumlah imam yang bertugas meningkat menjadikan jumlahnya seramai lapan orang.

Menariknya, salah seorang daripadanya adalah Ramlang Porigi, ustaz muda yang meminati Linkin Park dan mempunyai laman friendster sendiri!

Amaran Untuk Kickdefella..!

Aku dapat berita ni dari BERNAMA.as usual...just get ready.macam-macam boleh jadi.RPK & bakaq dah kena...adakah "kawan" kita yang seterusnya?

This is Malaysia...politics sucks..!

MELAKA, 20 Ogos - Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menyifatkan cadangan dari seorang penulis blog supaya rakyat mengibarkan bendera Malaysia secara terbalik sempena sambutan Hari Kemerdekaan sebagai satu perbuatan 'kurang ajar'.

Perdana Menteri berkata perbuatan sedemikian bukan lagi boleh disifatkan sebagai satu perbuatan nakal tetapi amat jahat.

"Itu kurang ajar (bendera terbalik), tiada hormat langsung dengan bendera kita, apa yang marah sangat dengan bendera Malaysia," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Jambori Keamanan Antarabangsa Ketiga Pengakap di sini hari ini.

Abdullah berkata penulis blog itu cuba mencetuskan satu idea tanpa memikirkan kesan selanjutnya.

"Sahaja nak bagi orang susah dengan buat cerita yang bukan-bukan," katanya.

Beliau berharap polis akan menyiasat perkara itu dan mengambil tindakan yang sewajarnya.

Cadangan untuk mengibarkan bendera Jalur Gemilang secara terbalik itu dicetuskan oleh penulis blog berasal dari Kelantan, Kickdefella, melalui catatannya pada 4 Ogos lepas.

Kata penulis blog itu, pengibaran Jalur Gemilang secara terbalik merupakan satu perkara yang diterima oleh masyarakat antarabangsa sebagai satu simbol kecemasan, dan beliau meminta rakyat melakukannya bagi menyatakan bahawa negara ini sedang dalam keadaan tertekan.

Cadangan beliau bagaimanapun mendapat bantahan dari rakyat Malaysia dari pelbagai kaum termasuk juga dari penyokong pembangkang.

Seorang pelawat blog itu menulis bahawa jika di India, pengibaran bendera negara secara terbalik tidak diterima sebagai simbol kecemasan antarabangsa sebaliknya merupakan penghinaan kepada negara itu.