"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Sunday, July 27, 2008

Mengaku diliwat Anwar, Saiful mungkin hidap sindrom ”Intellectual Disorder” yang kronik

Saiful yang mengaku diliwat Anwar mungkin mengalami ”Intellectual Disorder” atau “Kecelaruan Intelek” yang kronik. Sesiapa yang dijangkiti sindrom ”Intellectual Disorder” secara lazimnya gagal memahami dan menghubung kaitkan dirinya dalam soal atau erti pertalian sesama manusia, mempercayai dan dipercayai, silatulrahim dan juga keakraban. Sindrom ”Intellectual Disorder” tidak akan dapat dikesan secara fizikal tetapi ia dapat dikesan melalui keputusan peperiksaan terutama di peringkat pengajian tinggi.

Sikap ketara pengidap sindrom ”Intellectual Disorder” ialah memiliki nafsu ”MAHU” lebih dari ”MAMPU”. Menurut Susan Greener saorang pakar perkembangan manusia, sindrom ”Intellectual Disorder” berpunca akibat kerengganan hubungan kasih sayang ibubapa semasa dari usia 3 tahun lagi. Tekanan perasaan tanpa kasih sejati menyebabkan organisma 23 pasang ”Sell Chromosomes” dalam DNA Saiful gagal berfungsi dengan sempurna.

Ia adalah punca utama yang menyebabkan berlakunya (cognitive dissonance) iaitu kecelaruan pertumbuhan dan perkembangan kognitif Saiful. Kesan ”cognitive dissonance” menyebabkan Saiful mengalami kecelaruan illusi, visual dan material. Akibatnya Saiful tidak mampu berkeputusan sendiri dan hanya menyerah atau bergantung harap kepada keputusan yang dilakukan orang lain bagi pihak dirinya.

Pada lazimnya pengidap ”Intellectual Disorder”seperti Saiful akan memiliki kriteria-kriteria terserlah seperti berikut:
  1. Mengalami defisit dalam keyakinan diri terkadang merudum ke tahap sifar.
  2. Membuat keputusan untuk jangka pendek.
  3. Mudah percaya dan terpedaya dengan penampilan fizikal, riak wajah atau bahasa badan seseorang yang berpangkat.
  4. Mudah membentuk dan mengubah penampilannya fizikal supaya lebih menarik, nampak ceria sepanjang masa, mesra, mudah didekati, sukses, berkeyakinan.
  5. Mampu menyesuaikan diri dalam apa juga keadaan.
  6. Nampak cerdik tetapi hancur dan tohor pengetahuan am dan khusus.
  7. Mudah dibeli dengan pujian, kata-kata perangsang dan sikap kononnya mereka perihatin terhadap dirinya.
  8. Akan berlakunya kecelaruan fizikal mendadak jika dipuji.
  9. Gagal untuk berhadapan dengan perkara baru dan gagal mengawal perasaan memantul.
  10. Gagal belajar dari pengalaman dan tidak pernah dan akan serik.
  11. Celaru dalam menentukan kemahuan, minat serta identiti seksual. (Sex chromosomes).
  12. Gagal memahami konsep ruang, logik, realiti fizikal dan menentukan nilai-nilai etika dan moral.
  13. Gagal menentukan arah dan halatuju tindakan kognitif dan intelektual diri.
  14. Gagal mengenal apa erti benar dan salah, halal atau pun haram.

Apa-apapun pandangan saya terhadap ”Intellectual Disorder” yang mungkin disindromi Saiful, saya cadangkan supaya JANGAN BELI dari BAKUL..!! Mesti datang dan dengar sendiri mengenai apa, siapa dan bagaimana mengenai Saiful daripada Pegawai Khas Anwar, YB Saifuddin Nassution dan hujah hangat berapi YB Dr. Syed Azman Syed Ahmad Nawawi (ADUN N16) serta suara Ketua Angkatan Muda KeAdilan Terengganu, Saudara Fariz Musa seperti berikut.

Tarikh: 29 Julai 2008 hari Selasa jam 9 malam.

Lokasi: Perkarangan Pejabat PAS DUN Batu Burok,Kuala Ibai, 20400 K. Terengganu.

Yang celaru akan diperjelaskan, yang jelas akan diperkukuhkan lagi dengan fakta ”Benar Semata-mata Benar” sebagai sebahagian langkah dan usaha awal kita untuk menzahirkan Harapan Baru Malaysia.

-Siasah Daily

No comments: