"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Sunday, July 27, 2008

Nasihat Tuanku Ja'afar: Bersatulah, antara Pak Lah atau Anwar perlu korban

PETALING JAYA: Dalam ulasan berunsur politik yang jarang sekali diberikan, Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Ja'afar Tuanku Abdul Rahman menegaskan, masyarakat Melayu negara ini tidak bersatu padu manakala Umno, antara komponen utama dalam Barisan Nasional (BN) perlu bernafas semula, dengan mengambil kira senario politik semasa negara.


"Nasihat saya ialah bersatu semula jika boleh. Salah seorang harus terlepas (tidak berpeluang mengetuai kepimpinan atau menjadi Perdana Menteri), sama ada Pak Lah (Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi) atau (Datuk Seri) Anwar (Ibrahim).

"Kita mungkin perlu memilih antara Umno dan PKR (Parti Keadilan Rakyat) ketika PAS semakin kukuh," kata baginda dalam temu bual eksklusif yang disiarkan The Star hari ini.

Temu bual itu diadakan di Istana Hinggap, Seremban.

Tuanku Ja'afar yang menyambut Hari Keputeraan ke-86 pada 19 Julai lalu merupakan Raja Melayu yang tertua bertakhta di negara ini.

Malah ulasan baginda itu seolah-olah sealiran dengan perkembangan tanah air khususnya sejak negara mengadakan pilihan raya umum ke-12 8 Mac lalu.

Dalam pilihan raya umum kali ini, buat kali pertama BN kehilangan majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat dan kuasa kerajaan negeri melibatkan lima negeri - Kelantan, Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor.

Barisan pembangkang yang diberikan nama baru selepas 8 Mac lalu - Pakatan Rakyat terdiri daripada PKR, PAS dan DAP.

Ketika Umno lemah dan berusaha untuk pulih, Ketua Umum Pakatan Rakyat, Anwar telah menyasarkan untuk menubuhkan kerajaan persektuan menjelang 16 September.

Dan, ketika Anwar berhadapan dengan isu meliwat yang kedua dalam tempoh 10 tahun, timbul syor supaya Umno dan PAS mengadakan muzakarah bagi menyatupadukan orang Melayu.

Pendekatan Umno-PAS itu telah diakui kepimpinan kedua-dua parti itu.

PAS menolak muzakarah tetapi mencadangkan pendekatan muqabalah.

Dalam temu bual tersebut, Tuanku Ja'afar juga menasihatkan rakyat negara ini supaya tidak menyertai demonstrasi jalanan kerana apa saja isu yang timbul harus diselesaikan di Parlimen.

Baginda merupakan Yang di-Pertuan Agong ke-10, dari tahun 1994 hingga 1999. Ayanda baginda Tuanku Abdul Rahman Tuanku Muhammad merupakan Yang di-Pertuan Agong pertama.

Dalam ulasannya, Tuanku Ja'afar menambah: "Seorang bercita-cita mahu menjadi Perdana Menteri, seorang lagi berhasrat untuk mengekalkan jawatan. Caturan politik ini sangat kompleks dan sukar untuk diramalkan."

"Kita mungkin mempunyai Tengku Razaleigh (Hamzah) dan (Tan Sri) Muhyiddin (Yassin) dalam pertarungan jawatan presiden (Umno).

"Di akhbar, saya baca (bekas Perdana Menteri), Tun Dr. Mahathir (Mohamad) mengatakan bahawa (Datuk Seri) Mohd. Najib tidak akan jadi Perdana Menteri.

"Orang Melayu tidak bersatu dan Umno perlu diberikan nafas (baru)," kata baginda.

-mSTAR Online

No comments: