"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Sunday, July 27, 2008

Zaid Ibrahim Letak Jawatan, Dacing kepada Bulan Sabit.

Assalamu'alaikum...

Zaid Ibrahim, peguam kontroversi yang sebelum ini menyaman kerajaan PAS kelantan berkenaan dengan pelaksanaan hudud khabarnya dah letak jawatan...

Rasanya kalangan pemimpin-pemimpin UMNO pun dah ramai yang tau hal ni tapi masing-masing ambil sikap zip mulut...yang dapat aku confirmkan ialah surat perletakkan jawatan dah dihantar ke PM Pak Lah bertarikh 7hb.julai,2008...

Sebab-sebab perletakkan jawatan - tekanan dari akar umbi dari dalam UMNO sendiri yang banyak tak bersetuju & bertelingkah pendapat dengan Zaid & antara yang hangat diperkatakan ialah berkenaan dengan kenyataan Zaid Ibrahim dalam 1 forum bertajuk “Dasar Ekonomi Baru: Eratkan hubungan ethnik atau sebaliknya” anjuran Jawatankuasa Peguam-Peguam Muda Nasional, Majlis Peguam (NYLC) dengan kerjasama Youth For Change (Y4C) dan Humanity Library, Persatuan Bahasa Tionghua Alumni Universiti Sains Malaysia.

Sebenarnya forum tu dah lama dah berlangsung tarikhnya 25hb.Januari,2007 ( yang dihadiri Zaid ) & anatara kenyataan Zaid yang menjadi sebab musabab pertelingkahannya dengan orang-orang UMNO ialah “Polisi-polisi ‘racist’ mesti dihapuskan, tetapi polisi-polisi yang bertujuan menolong sesuatu kaum, untuk tujuan dan masa tertentu boleh disokong”...

Aku tak nak komen banyak la pasal kenyataan Zaid tu sebab artikel aku ni bukan nak bincang pasal tu pun...yang aku nak bagitau ialah - Zaid Ibrahim dah letak jawatan...tu je...

untuk rujukan klik sini :
Siri Pemikiran Kritis (Segmen Pertama), Sessi Pertama
Siri Pemikiran Kritis (Segmen Pertama), Sessi Ke-2
Siri Pemikiran Kritis (Segmen Pertama), Sessi Ke-3

Apa yang diberitahu pada aku ialah, rata-rata ahli UMNO memang tak sebulu dengan Zaid bertitik tolak dari kenyataannya dalam forum tu tapi dari side Pak Lah lain pulak ceritanya...dalam erti kata lain Pak Lah masih perlukan Zaid dalam barisan Kabinetnya...

Yang menarik lagi ialah, khabarnya Zaid Ibrahim dalam rangka proses untuk bertukar dari dacing kepada bulan sabit dalam masa terdekat-terdekat ni...perbincangan pertukaran simbol dah diadakan lama dulu iaitu malam 9hb.March lagi sebaik keputusan PRU12 diumumkan dibeberapa tempat...individu yang buat mula-mula buat offer polak...dot dot dot...org kampung aku jugak ( Kelantan ) tak dapat la nak bagi tau...

Erm...lepas ni tunggu je lah...makin ramai bertukar lambang politik, agaknya impian untuk bentuk kerajaan Pakatan Rakyat seperti yang dijanjikan mungkin akan jadi kenyataan Insya Allah...

Tunggulah perkembangan seterusnya...

No comments: