"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Sunday, July 27, 2008

Tidak mustahil Umno-PAS bersatu, sejarah 70-an berulang?

(Dikemas kini) KUALA TERENGGANU: Sejarah lebih tiga dekad yang lalu berulang? Umno dan PAS akan bersatu di bawah satu bumbung sebagaimana disaksikan awal 1970-an selepas pilihan raya umum 1969?


Jawapan Menteri Penerangan, Datuk Ahmad Shabery Cheek ialah: "Ya."
Justeru, kata beliau, penyatuan antara Umno dan PAS bukan sesuatu yang mustahil kerana kedua-dua parti itu pernah bersatu di bawah sebuah pakatan sebelum ini.

Sehubungan itu beliau menegaskan, apa yang lebih penting, kedua-dua parti itu perlu berbincang dengan hati yang ikhlas bagi memastikan penyatuan itu dapat memberi kebaikan kepada mereka.

"Insya-Allah... tiada apa yang mustahil kalau kita lihat kepada sejarah dahulu pun pernah waktu yang lebih runcing lagi pada 1969, akhirnya kita boleh wujudkan satu formula yang lebih besar iaitu pakatan yang dinamakan Barisan Nasional (BN), bersama PAS," kata beliau dipetik Bernama.

Ahmad Shabery mengulas mengenai cadangan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik semalam, supaya UMNO dan PAS dibubarkan dengan menubuhkan sebuah parti baru berlandaskan Islam bagi menyatukan orang Melayu dan sebagai tempat berlindung kepada semua pihak termasuk bukan Islam.

Menteri Besar Kelantan itu berkata, Islam menepati semua matlamat perjuangan termasuk politik dan perlu dijadikan asas kepada perjuangan manamana parti politik yang inginkan kepada perjuangan sebenar.

Mengulas perkara itu, Ahmad Shabery berkata, tiada sebab kenapa keduadua parti itu tidak boleh mencari formula untuk bersatu demi kepentingan negara pada masa depan dan ia tidak semestinya melihat hanya untuk orang Melayu dan Islam tetapi perpaduan yang boleh dimanfaatkan oleh semua kaum di negara ini.

Beliau berkata, kedua-dua parti berkenaan perlu melihat penyatuan itu dalam konteks yang lebih besar berbanding sebelum ini, terutama dalam menghadapi keadaan sekarang yang lebih mencabar.

"Kalau ada hasrat suci untuk melihat ada penyatuan di kalangan orang Melayu dan Islam, saya rasa baik kita kembali kepada asal iaitu pakatan yang pernah kita tubuhkan atas nama UMNO itu sendiri.

"Kalau kita ikhlas tentang soal penyatuan, soal apakah bentuknya tidak penting. Tetapi yang pentingnya kesediaan untuk kita duduk berbincang dan muzakarah, dapat kita teruskan.

"Kita tidak mengenakan apa-apa syarat sebab bagi PAS sendiri sekiranya dia boleh duduk bersama parti-parti lain yang tidak pun bercakap tentang soal Islam, yang ada rekod menentang negara Islam, kenapa ia ingin mengenakan pelbagai syarat dan bentuk kerjasama dengan UMNO," katanya.

-mSTAR Online

TP - Apakata kalau tajuk tu aku tukar jadi - "Mustahil UMNO-PAS bersatu, Sejarah 70an tak kan berulang"...ha...yang ni lagi sesuai rasanya...mimpi tak abis-abis puak-puak UMNO karat ni...ni last aku siar berita gabung-gabung ni...muak dah aku...puaka-puaka UMNO korang boleh pi mampuih...tukar jadik orang pulak...cukup-cukup la jadi puaka...

No comments: