"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Sunday, July 27, 2008

Ingkar arahan, Exco Terengganu guna Mercedes baru ke JB?

JOHOR BAHARU: Pengerusi Jawatankuasa Kesenian, Kebudayaan dan Pelancongan Terengganu, Datuk Zaabar Mohd Adib telah dilihat hadir ke Festival Flora 2008 di sini dengan sebuah kereta Mercedes Benz hitam yang baru.

Kereta Mercedez berkenaan sepatutnya adalah bagi penggunaan untuk membawa tetamu-tetamu kerajaan negeri.

"Saya rasa isu ini telah diperbesar-besarkan," katanya sambil menambah beliau akan menyerahkan kepada Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said untuk membuat keputusan mengenainya.

Beliau berkata, isu itu akan dibincangkan pada satu mesyuarat exco yang akan diadakan kelak.

Zaabar menggunakan Mercedes baru itu buat pertama kali Rabu lalu semasa ke Kuala Lumpur untuk menghadiri mesyuarat exco.

Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi semalam berkata Terengganu boleh menyimpan kesemua 14 kereta Mercedes Benz yang dibeli dengan harga RM3.43 juta barubaru ini tetapi mereka hanya boleh menggunakannya untuk membawa tetamu kehormat negeri berkenaan.

Dalam pada itu, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin hari ini menyifatkan keputusan kerajaan Pusat supaya 14 buah kereta Mercedes E200 Kompressor yang dibeli kerajaan negeri Terengganu tidak boleh digunakan oleh Menteri Besar, exco dan pegawai kanan negeri itu, sebagai satu pembaziran.

KERETA Mercedes Benz hitam yang baru, digunakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kesenian, Kebudayaan dan Pelancongan Terengganu, Datuk Zaabar Mohd Adib, diletakkan di tempat letak kereta pekarangan lokasi Festival Flora 2008 dilangsungkan di Johor Baharu hari ini. - foto The Star oleh GLADYS TAY

Beliau berkata, ini kerana keputusan itu akan menyebabkan kenderaan-kenderaan yang baru dibeli itu tersadai tidak digunakan.

"Kita tidak tahu kenapa Kabinet buat keputusan tidak boleh pakai... sekarang sudah jadi pembaziran, 14 buah kereta bernilai RM3.4 juta tersadai kerana bukan harihari ada tetamu," katanya ketika diminta mengulas keputusan yang diumum Abdullah semalam supaya kereta baru yang dibeli kerajaan Terengganu itu hanya digunakan untuk membawa tetamu kerajaan negeri.

Mohammad Nizar berkata seperti di Perak, kereta Proton Perdana yang diguna turut melibatkan perjalanan yang jauh dan terdapat tiga kereta sering mengalami kerosakan dan mungkin perlu ditukar.

Beliau bagaimanapun berkata kerajaan negeri Perak tidak bercadang menukar kereta rasminya kepada model lain kerana menghormati arahan penggunaan kereta Nasional.

Menurut beliau pembelian Mercedes pada masa kini hanya akan membawa persepsi kerajaan yang membazir kerana ia memberi gambaran kemewahan.

"Walaupun kita mempunyai peruntukan membeli kereta baru yang diluluskan oleh kerajaan sebelum ini, kita mengambil keputusan menggunakan kereta sedia ada," katanya.

Beliau berkata keputusan untuk menggantikan kereta hanya akan dibuat apabila keadaan memerlukan serta mempunyai justifikasi dan apabila kerajaan negeri mempunyai kemampuan.

-mSTAR Online

No comments: