"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Monday, August 18, 2008

6 kotak rahsia masih dipegang Anwar - Ezam

PERMATANG PAUH: Di mana enam kotak rahsia sekarang? Bekas Setiausaha Politik kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ezam Mohamad Nor berkata, "ia masih dalam milikan Anwar."


"Jika hendak tahu di mana enam kotak (yang dikatakan rahsia besar) ada sekarang, kena tanya pada Anwar. Jangan tanya saya," kata beliau ketika ditemui selepas selesai berkempen di kawasan Permatang Rawa Hujung di sini malam tadi.

Isu enam kotak berahsia menjadi fokus pertanyaan banyak pihak khususnya selepas
Ezam keluar daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan kemudian menyertai semula Umno pada Mei lalu.

Banyak pihak bertanya apa sudah terjadi dengan kota-kotak rahsia yang heboh diperkatakan sejak Anwar dipecat daripada kerajaan dan parti pada 1998.

Ia telah dijadikan bahan kempen politik sejak itu.

Bagaimanapun kewujudan enam kotak itu lenyap sejak empat tahun lalu.
Ezam keluar daripada PKR dua tahun lalu.

Beliau yang juga bekas Ketua Angkatan Muda PKR juga menyentuh isu tersebut dan dakwaan konspirasi politik dalam kempennya di Permatang Pauh - hari pertama berkempen beliau dalam pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh.

Jelas Ezam, beliau tidak pernah menyimpan kotak-kotak berkenaan sama sekali sejak dahulu lagi.

Sebaliknya Ezam mengakui beliau memang mengetahui kandungan dalam kotak berkenaan.

"Antaranya berkaitan dengan laporan audit Perwaja," katanya.

Malah, jelas Ezam, kandungan kotak rahsia berkenaan tidak disimpan oleh seorang sahaja.

"Anwar serahkan kepada beberapa orang, malah ada yang disimpan di luar negara," katanya.

Tambah beliau, kandungan berahsia itu melibatkan beberapa orang menteri, tetapi Anwar juga bertindak selektif dengan hanya mendedahkan anggota Kabinet tertentu.



"Beliau juga membuat dakwaan berselektif. Sepatutnya beliau mendedahkan kesemua menteri yang berkaitan," katanya.



-mSTAR Online

No comments: