"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Monday, August 18, 2008

SPR khuatir 'panas' Lunas, Ijok berulang di Permatang Pauh

(Mutakhir) PERMATANG PAUH: Ketegangan pilihan raya kecil Ijok dan Lunas bakal muncul di Permatang Pauh kali ini?

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak menolak kemungkinan tersebut walaupun tempoh berkempen masih di peringkat awal.

"Nampaknya daripada pemerhatian kami, keadaan agak panas... sama seperti di beberapa pilihan raya kecil seperti di Ijok, Sanggang, Lunas dan Pendang," kata

Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar ketika dihubungi mStar Online hari ini.

Kempen pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh masuk hari ketiga hari ini. Pengundian pada 26 Ogos ini.



Kempen sebelah pagi hari ini agak terjejas ekoran hujan lebat sejak 9 pagi lagi.



mStar Online difahamkan kempen yang agak dingin sepanjang dua hari lalu akan agresif dan lebih rancak selepas ini memandangkan lebih ramai penyokong parti-parti politik yang bertanding akan membanjiri Permatang Pauh.

Sehubungan itu Wan Ahmad menegaskan, para penyokong parti politik harus menghormati undang-undang dan tidak bertindak menguatkuasakan undang-undang.

"Jangan ada mana-mana pihak yang bertindak menjadi polis... biarkan pihak polis yang buat kerja," kata beliau.



Sejak 2000, Lunas, Pendang, Sanggang dan Ijok dilihat sebagai antara pilihan raya kecil paling panas, sekali gus menyaksikan pertembungan antara penyokong parti-parti yang bertanding. Malah kaum wanita juga tidak terkecuali daripada kejadian-kejadian kurang senonoh.

Meskipun parti-parti yang bertanding berjanji bahawa akan berusaha mengelak sebarang bentuk provokasi dan kekasaran ketika kempen tetapi insiden buruk telah direkodkan tidak sampai dua jam selepas sesi penamaan calon berakhir Sabtu lalu.

Wan Ahmad ditanya pendirian suruhanjaya berhubung perkembangan kempen sejak Sabtu lalu dan ekoran kekasaran yang dilaporkan dialami pekerja-pekerja BN dan wakil media.

Pada Sabtu lalu, jurugambar Kumpulan New Straits Times Press, Mohd Sairen Mohd Nafis, 26, dan Halim Berbar dari HBL Press News di Perancis diserang sekumpulan lelaki dekat pusat penamaan calon di pekarangan Institut Tuanku Bainun, Mengkuang, Bukit Mertajam.

Semalam Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, adalah tidak adil untuk menuding jari ke arah pihaknya berhubung insiden tersebut.

Anwar yang juga calon PKR dan Pakatan Rakyat memberitahu, siasatan polis perlu dikendalikan dan perlu diambil tindakan tidak kira parti mereka wakili.

Sementara itu, dalam sesi ceramahnya di Bukit Jelutong di Permatang Pasir dekat sini, Anwar menasihati penyokongnya agar tidak bertindak di luar batasan dan sentiasa memberikan kerjasama kepada polis.

"Saya ini bukanlah antipolis. Jadi kita buatlah apa yang mereka suruh asal jangan bertentangan dengan apa yang kita mahu. Kita bukan mahu keganasan, kita mahu satu perubahan," katanya kepada kira-kira 5,000 hadirin.

Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi ketika berada di sini semalam juga menyifatkan tindakan sekumpulan yang dipercayai penyokong PKR memukul dan mencederakan dua petugas media yang meliputi pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh kelmarin sebagai amat memalukan.

Perdana Menteri berkata, perbuatan mereka itu adalah serius dan boleh dibawa kepada pihak berkuasa untuk dikenakan tindakan menurut undang-undang jenayah.


Semalam Pemuda Umno juga membuat laporan polis, mendakwa pekerja-pekerja BN telah dihalang daripada menaikkan poster dan kain rentang.

Ketika ditanya mengenai tindakan SPR, jelas beliau, pihaknya akan memastikan proses pilihan raya berjalan dengan lancar tanoa sebarang suasana tegang wujud.

"Saya rasa pemimpin-pemimpin parti dan penyokong perlu menghormati tugas dan tanggungjawab polis.

"Saya rasa membimbangkan (apabila mendengar ada perkembangan tidak sihat) tapi SPR akan terus menjalankan tugas untuk memastikan kelancaran proses pilihan raya.

"Kalau orang ramai bimbang akan berlaku keganasan dan ada orang tidak peraturan, ini akan menyebabkan minat orang ramai untuk mengambil bahagian dalam pilihan raya akan terjejas," katanya.

Dalam pada itu, Pengarah Strategik Pilihan Raya Kebangsaan PKR, Saifudin Nasution Ismail berkata, pihaknya menolak keganasan dan kesal dengan berlaku setakat ini.

"Kami menolak keganasan, kesal dengan apa yang berlaku, mahu siasatan... faktanya kekal, dalam sejarah pilihan raya kecil di Malaysia, yang pernah mati bukannya penyokong BN, yang pernah maut adalah penyokong pembangkang.

"Saya merujuk kepada pilihan raya kecil Padang Terap 1986, dalam tragedi Lubuk Merbau, semasa lawatan petang Datuk Seri Najib (Tun Razak), ketika itu Ketua Pemuda, di Felda Lubuk Merbau.

"Penyokong Pas yang mati dipukul dengan batu-bata ialah Osman Talib, 33. Dia adalah ahli Pas yang dipukul oleh samseng Umno. Itu adalah fakta yang jangan dilupakan," kata pada sidang media harian PKR di Penanti dekat sini.

Tambah Saifudin, dalam pilihan raya kecil Indera Kayangan, beliau selaku Pengarah Pilihan Raya Pemuda telah membuat 43 laporan polis sepanjang 10 hari berkempen.

"Bagaimana penyokong kita dipukul, dihalang berjumpa pengundi. Itu fakta, boleh semak dengan Ibu Pejabat Polis di Kangar," katanya.



-mSTAR Online

No comments: