Cukup muak saya menonton berita di televisyen. Seperti biasa pelbagai dakyah akan muncul menjelang pilihanraya tak kira kecil mahupun besar.
Tiap kali pilihanraya mesti penyokong pembangkang dipersalahkan kerana ganas dan brutal. Kalau dahulu PAS sering digembar-gemburkan mempunyai penyokong extrimist, fanatik dan sebagainya, tetapi kini tuduhan tersebut di "dukung" bersama oleh penyokong Keadilan.
Pembangkanglah yang jahat, UMNO lah baik budi bahasa dan pekerti. UMNOlah yang bersopan santun. Kalau kita lihat isu meraba putri UMNO pernah UMNO lemparkan kepada salah seorang orang kuat PAS sewaktu pilihanraya kecil diadakan di suatu tempat tidak lama dahulu. Siap ada pengakuan dalam TV lagi dimana perempuan puteri UMNO tersebut dirakan kamera dari arah belakang (malu le kononnya).
Rupanya itu semua sandiwara UMNO. Bila siasatan dilakukan rupanya takde apa2 pun. UMNO masih lagi menggunakan taktik lapuk. Skrip yang sama berulang-ulang. Kita akan lihat TV 3 akan menganjurkan "pertempuran" habis-habisan untuk memenangkan calon BN yang mana mendapat "bantuan mengajar" dari RTM.
Persoalannya, mengapa pembangkang tidak diberi peluang berkempen dalam TV? BN selalu kata permit TV kami yang beri memanglah TV kena sokong kami!! Bagaimana pula dengan kami yang membayar cukai? Kalau BN boleh sekat hak pembangkang, mengapa ambil duit cukai dari rakyat yang menyokong pembangkang?!!
Percaya atau tidak jika rakyat pembangkang bersatu untuk tidak membayar cukai, pastilah BN dan kerajaan akan mengalami gawat!! Asyik kerajaan sahaja bagi rakyat gawat, apakata rakyat pula bagi kerajaan gawat!!
Lepas ni jangan pula kita terkejut jika kita melihat gambar2 lama diulang tayang kembali dalam TV. Saya pasti BN mesti melancarkan beberapa strategi seperti:
1. Burukkan Anwar dengan menonjolkan kisah2 liwat
2. Mengedarkan VCD rakaman muhabalah Saifol dengan percuma kepada seluruh rakyat di Permatang Pauh. Didalamnya akan dipaparkan pengakuan mangsa yang lain.
3. Memberikan bantuan kewangan yang banyak dan menunjukkan keprihatinan BN seperti keprihatinan Tuan2 Guru dalam PAS.
4. Menyebarkan cerita2 karut seperti Pemimpin PAs terpecah dua dalam menyokong Pakatan.
5. Meletakkan samseng2 gerak gembur UMNO (biasa sangat kita jumpa kalau kita jadi petugas) dikawasan-kawasan strategik.
6. Membawa pengundi hantu dari dalam dan luar negeri. Tak lama lagi akan ada isusatu rumah ada 160 orang tinggal dalamnya.
7. Akan ada Ustaz2 yang didakwa menyokong UMNO dan Islam Hadhari walaupun ternyata Islam Hadhari itu sesat dan menyesatkan!!
8. Meletakkan Puteri UMNO bahagian memujuk pengundi dengan ragam dan lagak memujuk seolah-olah sperti ingin menjual tubuh mereka (pengalaman tu).
9. Menyediakan undi POS yang boleh diimport bila2 masa.
10. Menabur wang yang banyak untuk menarik pengundi.
11. Mengambarkan Najib seorang yang jujur dan baik sedangkan Anwar seorang kaki perempuan dan liwat (nauzubillah).
Oleh kerana kita sudah biasa dengan taktik kotor UMNO, maka PASTIKAN UMNO DAN BN KALAH bagi menunjukkan bahawa rakyat Malaysia bukanlah bertaraf kelas ke 2 atau ke 3 kesemuanya. Masih ada kawasan-kawasan dalam Malaysia penduduknya masih bijak berfikir, menilai dan bukannya seperti anak beruk dalam sarkis yang hanya tahu menunggu tuannya memberikan dia makanan. Apa nak jadi diluar sarkis jadilah!!
Bagi seekor beruk sarkis, walaupun dia diludahi, dipukul, dihina, haknya diambil, ISLAM dihina, dia tetap mengatakan "AKU SAYANG DENGAN TUAN AKU. HANYA TUAN AKU SAHAJALAH YANG BOLEH MEMBAWA KESEJAHTERAAN KEPADAKU"
-ZAhir Saleh
1 comment:
Yakinlah Allah maha mengetahui dan maha adil.
Mohonlah kepadaNya, berkat doa rakyat marhaen yang dihenyak akan dimakbulkan. Inya Allah.
Moga-moga BN/UMNO akan berkubur di Permatang Pauh dan seterusnya di bumi Malaysia!
Dan segala media merapu dan mengampu akan dikebumikan bersama.
Post a Comment