"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Monday, August 18, 2008

Polis tambah anggota di Permatang Pauh

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan meningkatkan bilangan pegawai dan anggota polis di kawasan Parlimen Permatang Pauh tidak lama lagi, kata Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar.



Usaha itu adalah untuk mengekalkan undang-undang dan ketenteraman awam semasa tempoh berkempen sehingga hari pengundian pada 26 Ogos berikutan laporan tindakan ganas penmyokong-penyokong parti di kawasan itu semasa hari penamaan calon Sabtu lepas, katanya dalam majlis taklimat yang turut dihadiri Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar.



Pada masa ini, kira-kira 3,000 anggota polis telah ditempatkan ke kawasan itu.



Dua jurugambar telah diserang oleh sekumpulan penyokong yang memakai baju-t Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang bertindak liar Sabtu lepas.



Presiden Kesatuan Kebangsaan Wartawan Malaysia (NUJ), Norila Daud telah meminta polis menangkap mereka yang terbabit dalam insiden itu dan membawa mereka ke muka pengadilan.



Setakat ini, Ismail berkata 15 aduan polis telah dibuat dan polis sedang menyiasat 10 daripada aduan itu.



Aduan itu termasuk enam kerana mengadakan perhimpunan tanpa permit manakala yang lain berkaitan halangan, menyebabkan kecederaan dan ancaman jenayah.



Adalah difahamkan perjalanan beberapa pemimpin Barisan Nasional (BN) ke pusat penamaan calon di Permatang Pauh Sabtu lepas juga terganggu berikutan tindakan liar itu.



Syed Hamid berkata, semua pihak mesti mematuhi undang-undang dan tidak mengambil tindakan sendiri.



"Kita tidak boleh mengamalkan undang-undang rimba dan tidak ada sebab untuk kita bersikap seperti itu," katanya.

-mSTAR Online

No comments: