"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Monday, August 18, 2008

'Mayat AUKU' dirampas polis

kemaskini 3:14pm "Kami bawa mayat AUKU, tetapi kemudian dirampas oleh polis" - kata seorang aktivis Gerakan Mahasiswa Mansuhkan AUKU (GMMA).

universiti student auku uuca parliament protest 180808 03Patung mayat, sebesar saiz manusia, yang dikafankan dengan kain putih diusung dalam keadaan renyai-renyai dari depan pintu bangunan Parlimen ke pinggir Tugu Peringatan Negara selepas bantahan sekumpulan aktivis pelajar selesai.

Menurutnya lagi, tiga anggota polis merentap patung mayat itu, yang dijadikan lambang bantahan hampir 100 pelajar terhadap Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU), dengan berkata "tolong beri kerjasama."

Ridzuan Ahmad berkata kejadian berlaku secepat kilat dan "mayat AUKU" dibiarkan dalam simpanan polis tanpa sebarang pergelutan.

Perhimpunan anjuran gabungan tersebut, yang disertai 13 perkumpulan mahasiswa, bermula kira-kira jam 9 dalam cuaca lembab akibat hujan.

universiti student auku uuca parliament protest 180808 10Mereka yang berpakaian serba hitam berkumpul bagi menyerahkan memorandum bantahan kepada Kementerian Pengajian Tinggi yang mengusulkan pindaan akta kontroversi tersebut minggu ini.

Selain mengusungkan "mayat", mereka juga berbaring selama beberapa minit di atas jalan depan pintu masuk Parlimen dengan kain rentang hitam bertulisan "Akta Untuk Kuburkan Universiti" sebagai akronim lain AUKU.

Sementara beberapa orang lagi membawa kotak yang menggambarkan penjara - sambil diperhatikan oleh kira-kira 20 anggota polis pencegah rusuhan yang mengawal keadaan di perhimpunan itu.

Rang undang-undang pindaan AUKU dijadual dibentangkan untuk bacaan kali kedua di Dewan Rakyat.

universiti student auku uuca parliament protest 180808 04Beberapa bahagian pindaan yang dijangka panas termasuklah Seksyen 15 (hak mahasiswa berpersatuan), Seksyen 9 (kuasa menteri melantik ketua kampus cawangan) dan Seksyen 12 (hak menteri meminda, mengubah, atau membetulkan sesuatu perintah kampus).

Dalam seksyen baru 4(a) dan 4(b) pula, dijangka berlaku perdebatan hangat berkenaan jawatankuasa menasihati menteri bagi melantik naib canselor yang menyebut "menteri dari masa ke semasa hendaklah melantik satu jawatankuasa untuk menasihatinya mengenai perlantikan itu".

-malaysiakini

No comments: