"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Monday, August 18, 2008

MP Kulim-Bandar Baharu akan kempen di Permatang Pauh

PERMATANG PAUH: Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Nordin yang dikatakan 'hilang' sejak 9 Ogos lalu masih belum muncul-muncul lagi tetapi diyakini akan berada di sini dalam beberapa hari ini untuk berkempen membantu Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.



Ketua Angkatan Muda Keadilan PKR, Shamsul Iskandar Mohd. Akin berkata, beliau dimaklumkan Zulkifli sedang bercuti.



"Saya belum jumpa beliau lagi, belum dapat berhubung dengan beliau lagi (sejak minggu lalu). Saya dimaklumkan beliau sedang bercuti, tetapi tidak tahu di mana," kata beliau ketika ditemui di sini hari ini.



Zulkifli dilaporkan 'menghilangkan' diri sejak berada di Kuala Lumpur untuk mengambil bahagian dalam demonstrasi membantah forum anjuran Majlis Peguam pada 9 Ogos lalu.



Sejak selepas demonstrasi itu beliau tidak muncul di khalayak termasuk pulang ke rumah.



Bagaimanapun pada minggu lalu ada laporan menyebut beliau berada di Kuala Lumpur untuk menguruskan kes perbicaraan mahkamah berhubung petisyen pilihan raya yang dikemukakan terhadapnya.



Pembantu Khas Zulkifli, Saari Fadhil Hud berkata, anggota Majlis Tertinggi PKR itu telah menghubunginya untuk memaklumkan perkara tersebut.



"Beliau akan pulang ke kawasannya minggu depan dan meminta saya untuk menguruskan hal-hal Parlimen Kulim-Bandar Baru termasuk berjumpa dengan orang ramai bagi menyelesaikan masalah berbangkit," katanya.



Ketika ditanya sama ada Zulkifli akan berada di Permatang Pauh untuk berkempen, Shamsul Iskandar berkata, "ya, beliau akan datang."



-mSTAR Online

No comments: