"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Monday, August 18, 2008

Pesta Janji

Scene 1

Takpa Mak Timah, ambil la, ni kami bagi ikhlas ni. Kalau Mak Timah tak tau jahit bagi kat anak.



La, anak-anak Mak Chik pun tak tau jahit langsung. Depa pi beli baju kat Machang Bubok nu.



Kalau macam tu, Mak Timah cakap Mak Timah mau apa? Cakap, apa saja Mak Timah mau, Television? Astro?, Peti Sejuk? Washing Machine? Cakap saja, kami bagi.



La awat hampa ni semua buang tabeat kot? Aku tak mintak apa pun yang hampa tiba2 mai ghumah aku nak bagi baghang ni semua buat apa?



Tidak Mak Chik, kami ni bukan apa, kami kesian kat penduduk kampung ni, hidup miskin papa kedana, jadi kami nak tolong la.



Awat hampa tengok ghumah aku ni bughok, takdak pirin Astro, hampa ingat aku miskin ka? Ni Awang oi, duit aku dalam ASB pun banyak lagi la. Aku dah pi Mekah 2 kali, tak payah hampa nak mai bagi baghang kat aku, tak aku kebuloq baghang hampa. Huh! mai sini cakap pelek macam oghang kolumpo nak hina kata aku miskin papa kedana. Nu, pi bagi kat misjid duit tu lagi bagoih.



Scene 2



Pak Dollah, kami ni datang nak bagi baja.



Baja? Buat apa?



Untuk sawah Pak Dollah la.



Sawah? Sawah aku dah bekughun jadi ghang dah hampa nak bagi baja buat apa? Dulu kami mintak tulong sapa pun tak mai tulong, lani tak tentu pasai mai nak bagi baja pulak.



Tak apa Pak Dollah, kami boleh tolong hidupkan semula sawah Pak Dollah yang terbiar tu.



Tanah aku tak mati aih, yang yang nak bagi hidup balik buat apa? Hang pi juai baja tu, duit dia hang pi derma kat sekolah Agama lagi bagoih. Hang dah pi sekolah Agama dak lagi?



Er, er belum lagi Pak Dollah. Sekolah Agama tak masuk dalam senarai bantuan kami.



Awat? Yang di sekolah Agama tu bukan oghang ka? Depa tak perlu bantuan? Awat pasai depa semua oghang Paih, hang tak buleh tulong?



Scene 3



Pak Leman, kami ni datang nak besarkan kedai kopi Pak Leman ni. Kami nak naik taraf jadi macam restoran.



La, mana mai oghang gila semua ni. Awat hampa semua ni tak nampak? Yang ni kandang kambin, bukan kedai kopi. Awat yang buta sangat?



Oh maaf Pak Leman, kami tersilap tadi, tapi tak apa kami boleh bagi kambing baka baik kepada Pak Leman? Berapa ekor Pak Leman nak? Kami boleh besarkan kandang ni sekali.



Awat hampa ni semua dah sawan ka? Seumoq idup aku tak pernah oghang mai nak bagi baghang macam tu saja. Awat hampa ni semua penyamun ka? Aku ni miskin, tak ada apa yang hampa nak samun. Oh penyamun lani pakai baju puteh dengan seluaq itam nu?



Kalau Pak Leman tak mau semua tu kami boleh bagi duit. Pak Leman nak tak?



Baik hampa pi balik sebelum aku bagi penyapu kat hampa.



Scene 4



Ya tuan-tuan dan puan semua, mari daftar di sini. Semua yang mendaftar akan kami bagi percutian percuma ke Medan bersama wang belanja seribu ringgit seorang. Mana nak dapat tawaran macam ini?



Bagi kad pengenalan dan tandatangan saja dapat pergi bercuti ke Medan dan wang belanja RM1000.



Pergi pulak bukan naik feri, tapi naik kapal terbang tuan-tuan dan puan-puan.



Scene 5



Tuan tuan dah puan puan saya berjanji yang Permatang Pauh ini tidak lagi akan ketinggalan dari segi pembangunan. Kerajaan telah pun meluluskan sejumlah wang yang besar untuk pembangunan Permatang Pauh.



Di tanah sawah yang saya bercakap ini kerajaan bercadang hendak bukak Disneyland.



Kita juga bercadang untuk membina jalan 5 tingkat supaya tak ada ada kesesakkan lalu lintas.



Di sebelah sana akan kita bina Stadium taraf antarabangsa yang boleh menampung 100000 penonton.



Di sebelahnya kita bina Velodrome untuk adik adik naik basikal dan di belakang sini kita akan bina Kompleks membeli belah yang terbesar di dunia.



Kerajaan tahu yang penduduk perlu beriadah jadi kami berjanji yang setiap kampung di sini akan dilengkapkan dengan kolam renang saiz olimpik.



Kami juga akan bina sebuah tapak konsert terbuka untuk anak-anak muda dan gelanggang untuk merempit supaya anak-anak kita tidak berlumba di jalanraya.



Buat permulaan, kita akan menderma setiap rumah dengan 100 kilo beras, voucher minyak RM1000 seorang dan setiap orang murid sekolah akan diberi sebuah basikal.



Ini lah keperihatinan kami.



-Kata Tak Nak