"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Friday, August 15, 2008

Permatang Pauh: Jentera BN mula tabur wang di kampung-kampung?

Umno dan Barisan Nasional (BN) mula menggerakkan jentera secara tidak beretika apabila melaburkan wang ringgit kepada penduduk sekitar Parlimen Permatang Pauh (P44) mulai kelmarin.
Selari dengan pengumuman calon BN oleh Timbalan Pengerusi BN, Dato' Seri Najib Tun Razak sewaktu merasmikan jentera BN di Sunway Carnival Mall tepat jam 10.30 malam maka bermulakan jentera Umno ke kampung-kampung untuk memancing undi agar tidak memberikan sokongan kepada calon Parti Keadilan Rakyat (KeADILan), Dato' Seri Anwar Ibrahim.

Langkah mereka agar sumbang apabila dapat dihidu oleh petugas KeADILan dan anggota parti lain dalam Pakatan Rakyat di beberapa buah kampung sekitar Dewan Undangan Negeri (Adun) Penanti yang dimenangi Timbalan Menteri, Mohd Fairus Khairuddin.

Ada sumber memberitahu sebenarnya petugas BN telah masuk kampung lebih awal bersama pemimpin atasan parti mereka seperti Ketua Menteri Melaka yang juga Naib Presiden Umno, Dato' Ali Rustam.

Sesiapa yang pergi mendengar ceramah kelompok tajaan mereka akan dihadiahkan wang saku sebanyak RM100.00 seorang. Semua perbuatan itu diperlakukan untuk menarik pengundi Melayu agar tidak lagi bersimpati dengan nasib yang dihadapi oleh calon KeADILan.

Bagi jentera Umno, PAS, DAP dan KeADILan adalah petualang bangsa dan agama kerana bersekongkol dengan gerakan menjatuhkan pemerintah yang ditunjangi Umno.

Bukan itu sahaja malahan cakap-cakap perkauman juga kian dihebuskan bagi menakutkan orang ramai terutamanya masyarakat melayu yang berbudi bahasa, sopan dan tidak pandai melawan cakap pemerintah.

Antara kampung yang telah dikenal pasti dimasuki ejen-ejen berkenaan ialah kampung belakang Sekolah Menengah Penanti, Guar Perahu, Mengkuang dan Kuala Mengkuang.

Setiap hari jentera yang terdiri daripada ibu-ibu, puteri dan sebahagian ahli yang aktif akan menggunakan berbagai kesempatan untuk bertemu rakyat di kampung-kampung.

Mereka terpaksa buat begitu kerana setiap kali ceramah anjuran Umno dan BN seringkali tidak mendapat kejayaan.

Jadi, cara yang paling terbaik ialah turun padang jalan kaki sampai berpeluh-peluh untuk menunjukan kepada rakyat jelata kesungguhan BN untuk memenangi parlimen ini demi maruah dan kebajikan rakyat yang kurang terbela di bawah kerajaan Pakatan Rakyat yang menguasai Pulau Pinang.

Pastinya, mula malam berkempen iaitu 16 Ogos sehinggalah malam terakhir longgokan wang ringgit akan bertaburan di sana sini.

Sekali pandang adanya Pilihan raya Kecil di mana sahaja bermakna peniaga kecil di sekitar kawasan mengundi akan menguat keuntungan berlipat kali ganda.

Bila ada individu memberikan wang ambil sahaja kerana wang itu wang rakyat bukan anugerah BN. Bak kata Menteri Besar Kelantan ' Bagi duit ambil, bagi kain pakai bila undi pangkah Pakatan Rakyat'.

Pengundi Melayu yang menjadi pertaruhan kali ini harus menilai di mana kedudukan kerajaan hari ini yang tidak langsung memberikan peruntukan kepada Ahli Parlimen pembangkang atau Dun yang diwakili Adun pembangkang berlainan dengan ciri-ciri kepimpinan Menteri Besar Kelantan atau Trengganu dulunya.

Apa pun rakyat Permatang Pauh sahaja yang boleh menilai kerajaan mana yang harus dipilih.

Buatlah pemilihan betul nanti semuanya selamat dan hidup dalam keadaan aman dan makmur. - mks._

No comments: