Assalamu'alaikum
Malam ni di Permatang Pauh seperti yang telah dibincangkan sesama blogger sebelum ini akan berkumpul sebahagaian besar blogger-blogger pro Re4ma-C.
Aku tak dapat nak join sekali malam ni sebab ada urusan yang perlu aku selesaikan dulu...jam 12 nanti baru aku gerak dengan rakan-rakan blogger.konvoi dekat 20 bijik kereta.
Kalau ikut jadual malam ni berhimpun yang mana dah sampai makan-makan sembang-sembang sambil berkenal muka & pagi esok bakal bertemu dengan semua yang bakal hadir.
Tak salah aku ada la dekat 100 orang lebih yang bakal hadir.pagi esok kami akan bersama-sama mengiringi DSAI ke pusat pencalonan sebagai tanda sokongan kami pada perjuangan menegakkan KeADILan dan kebebasan.
Jadual esok mungkin agak padat...belah pagi ke pusat pencalonan mungkin sampai tengahari & lepas zohor ada majlis makan-makan disusuli dengan majlis mesyuarat kecil-kecilan para blogger & antara yang akan dibincangkan ialah strategi para blogger didalam menyampaikan maklumat terkini kepada sahabat-sahabat pembaca.
Mungin selepas ni kami akan wujudkan 1 laman weblog yang akan menghimpunkan semua karya-karya,hasil penulisan,maklumat-maklumat terkini dari blogger-blogger pro Re4ma-C.tujuannya mudah...supaya korang tak terkial-kial untuk dapatkan maklumat dari para blogger.
Jadi kemudahannya untuk pembaca ialah kalau cadangan ni jadi kenyataan(tengok pada budget dulu...server mahal jugak bro..!)korang nanti tak payah nak surf merata-rata blog...semua blogger-blogger akan postkan direct maklumat masing-masing ke lama wablog yang bakal diwujudkan nanti...
Korang rasa ok tak cadangan tu?kalau korang rasa ok...tolong tinggalkan cadangan korang kat ruangan komen dibawah...semua komen-komen akan dibawa kedalam perbincangan blogger-blogger nanti...
Aku nak kemas barang...nak gerak...
Esok mungkin lambat sikit aku update blog ni...tapi macam manapun aku akan cuba jugak sedaya-upaya aku.tunggu update aku dari P-044...
Jangan lupa tinggalkan komen korang kat bawah tu...
Wassalam...
"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
7 comments:
aku rasa xsusah pon nak wat tuh...kalau dah ramai yg nak join..kongsi la duit ramai beli hosting satu...nak setup benda tuh..aku leh buatkan...
slm,sy stuju.sokong2.kalau boleh sy tolong gtau la.insyaAllah sy tolong
Salam sedara...
Ape2 yg leh disumbangkan melalui kewangan,sket sebyk leh la tlg setkat yg mampu...
salam bro,
setuju banget deh....kami satu pej support plan ni bro...wujudkn dana so that kami2 bleh buat sumbangan n amal direct...gud luck....sentiasa ikhlas dlm perjuangan bro...
yang benar,
r4mist
Perisik Rakyat,
sokong, sokong 100%. Selama ni mmg akak tepaksa bukak byk blog utk compare n sahihkan maklumat. Klau ada centre bog ni, mudah amek lah nak surf. Semoga Tuhan membalas keikhlasan perjuangan kalian. Buat webtv skali baru lengkap.
Luv u all.
Ibu Anwar Hakimi
aku ikut jer.. kalu ramai blogger join.
http://skuaddunbatucaves.blogspot.com
bos!
saya mintak maaf tak dapat hadir kerana tak ada transpot. dalam pukul 2 tu sy kat yayasan aman. tak tahu pula saya yg dr yayasan aman ke pematang pasir itu jauh..
maaf sengsangat. kalau ada gath kat kl pulak, bagi tau la
Post a Comment