Manusia dan alam digerakkan oleh satu tenaga. Tenaga itulah Tuhan. Hanya satu Tuhan. Jika kita mengatakan tenaga atom dan nuklear ialah tenaga yang paling kuat dan menakutkan, tetapi, tenaga bagaimana pula dengan tenaga yang terhasil di lubang hitam di angkasa lepas? Tenaga tsunami dan gunung berapi yang lahir dari perut bumi dan tenaga dari ruang atmosfera - udara?
Tenaga inilah yang menggerakkan fizikal manusia dan alam malah tenaga juga menggerakkan masa. Tapi, di Malaysia, manusianya digerakkan oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB). Hahaha...
Kita, secara kasarnya tidak boleh melihat tenaga apalagi memegangnya. Kita cuma boleh RASA. Jika hujan lebat dan guruh berdentum-dentam, kita secara sedar atau tidak, merasakan ada suatu tenaga yang dahsyat telah menghempap mukabumi. Begitu juga apabila kita demam panas sehingga tidak dapat berjalan. Tetapi, dapat lagi kita merasakan ada suatu tenaga yang memampukan kita menggerakkan mata.
Untuk mengenal tenaga ini, kenalah minum banyak-banyak minuman bertenaga. Hehehe...
Tenaga itulah Tuhan dan apa yang aku maksudkan dalam 'AKU DI DALAM KAU, KAU DI DALAM AKU'. Hanya ada satu Tuhan. Alam yang sikit punya besar ni takkan satu je Tuhan yang kontrol? Ye, hanya satu. Kalau banyak tuhan, teruk lah orbit berlanggaran sebab tak sebulu. Kalau tuhan yang satu ni tak boleh kontrol semua alam, jangan dipanggil Tuhan. Panggil saja Najib Razak. Dan Tuhan yang satu ni tidak pula dizahirkan tubuh badannya kerana ianya sebentuk TENAGA. Bagaimana mahu menzahirkan tenaga? Hanya dengan rasa.

Atheism - yang tidak percaya kewujudan tuhan, aku sangatlah menyokong mereka ini kerana mereka berani dan mereka ini lebih mendalami ilmu makrifat sebenarnya. Kenapa mereka berfikir tuhan tidak wujud? Sebab mereka percaya pada tenaga. Setiap gerak mereka berdasarkan tenaga. Ini samalah dengannya lafaz sumpah / ikrar (bukan sumpah epul), semasa individu muslim mendirikan solatnya - doa iftitah: "inna solati, wanusuki, wamahyaaya, wamamaati, lillahirob bil 'alamin - sesungguhnya solatku, ibadahku, hidup dan matiku, adalah demi Allah tuhan sekalian alam".
Quran, Bible dan Torah menyuruh kita percaya pada kewujudan tenaga ini yang bernama Allah Ta'ala.
Mekah dan islam
Ialah sebuah lembah kering kontang yang diteroka oleh Siti Hajar dan anaknya, Ismail. Sejak penemuan telaga zam-zam, Mekah semakin hari, semakin menjadi sebuah kawasan yang maju lagi berdayasaing.
Apa yang dikatakan dengan masyarakat Arab Jahiliah? (aku sebenarnya dah tulis benda ni dalam skrip aku - Muhammad & Lahab). Tapi, takpe - ilmu mesti dikongsi bersama.
Kalau semasa sekolah dulu, ustazah kita mesti ajar masyarakat Arab Jahiliah ialah masyarakat yang pincang akhlaknya. Anak perempuan ditanam dan penyembahan berhala berleluasa. Kenapa masyarakat Arab ketika ini pincang? Apakah puncanya?
Mekah sewaktu jahiliah, dikuasai oleh beberapa orang taikun seperti Abu Jahal, Abu Lahab dan Abdul Muthalib serta Abi Talib. Mereka ini dari keluarga Quraisy dan merupakan keturunan Nabi Ismail. Taikun-taikun inilah yang menjaga telaga zam-zam, kaabah serta mengutip cukai-cukai perdagangan (oh, ya - Mekah masa tu merupakan pusat dagangan), perniagaan tuhan, dan yang paling penting - RIBA dan TIPU TIMBANG, dan hasil dari ketamakan mereka ini, maka terhasil lah jurang masyarakat yang tinggi - bangsawan dan hamba abdi. Apabila jurang masyarakat wujud, maka berlakulah penindasan. Ini situasi yang biasa berlaku dalam dunia imperialis kapitalis.
*hal ini sedang berlaku di Malaysia sekarang ini ye... sila tajamkan mata dan fikiran kalian.
Muhammad diberikan idea (wahyu) untuk menghapuskan kepincangan ini. Islam dicipta ini samalah dengan Voltaire, Rousseau, Marx, Engels, Mao, Gandhi, dan Guevara yang juga menerima idea untuk menghapuskan kepincangan masyarakat ini. Islam, samalah dengan SOSIALISME dan KOMUNISME. Ekonomi sosialis - menagihkan kekayaan negara kepada semua rakyatnya. Islam pun begitu - sebab tu kena ada zakat dan badan zakat atau baitulmal amat penting dalam sebuah negara. Bukan sekadar syarat sebuah negara islam (konon, cet!)
Bagi Melayu bodoh yang mengatakan komunis itu jahat, samalah dia dengan menghina islam (sebenarnya apa fahaman pun tujuannya mulia, tapi manusia yang membawa fahaman tu yang tak boleh dipakai sangat). Bagi Melayu bangang, asalkan Cina je, komunis. Hahahaha, lawak betul lah. Terutama Melayu UMNO dan PEKIDA. Mereka inilah yang merosakkan fahaman islam sebenarnya. Pemikiran mereka ditutup dengan slogan 'KETUANAN MELAYU' - kepala butoh dia (alamak, kurang pahala puasa aku, hahaha).
Jika komunisme, sosialisme dan demokrasi tulen menggabungkan umat manusia yang tiada beza tarafnya dari segi kedudukan dan ekonomi, tetapi islam menambah satu lagi - menyembah tuhan yang satu - dan ini lebih kuatkan lagi perpaduan manusia dan lebih membuatkan manusia berasa lebih rendah diri.
Judaism dan Kristian juga menyeru kita menyembah Tuhan yang satu. Undang-undang sivil di dalam Talmud dan Pejanjian Lama, adalah undang-undang menyeru kepada pembentukan sebuah masyarakat yang samarata lagi adil saksama. Hak perempuan dan perkahwinan juga terdapat di dalam Talmud dan Perjanjian Lama - begitu juga di dalam Quran!
Aku bukannya ulamak fahaman PLURALISME. Tapi sebagai manusia, aku mesti mengingatkan manusia lain terutama dalam konteks Melayu sebab aku lahir dalam kelompok ini. Keterbukaan fikiran dan kebebasan bermasyarakat bukanlah KAFIR hukumnya. Neraka cuma rasa tidak senang sebab itu ianya digambarkan sebagai api, manakala syurga pula rasa senang yang amat sangat. Hukum karma dan 'Hari Pembalasan' adalah sama. Buat baik dibalas baik, buat jahat dibalas jahat. Itu saja...
Di dunia ni, dengan siapa lagi kita berkongsi kalau bukan alam dan manusia. Apa salahnya kita hidup bersama-sama sebab kita semua manusia MENYEDUT OKSIGEN YANG SAMA. Apa lagi nak dibezakan dengan warna kulit dan bahasa? Cuma yang kita perlu tentang ialah tokeh-tokeh, taikun-taikun, sultan-sultan dan BARISAN NASIONAL, kerana mereka inilah yang meletak pagar yang memisahkan masyarakat!
-pojok riang-riang
TP - Faham? kalau tak faham, kene banyak bertanya... ilmu itu terlalu banyak, apa yang kita dapat ibaratnya seperti setitis air dari lautan... malu bertanya, kurang pengetahuan (zaman sekarang ada GPRS/GAMIN... tak tanya pun tak pe... tak sesat hahahaha)...

Baca, fikir, keliru??? memanglah keliru kerana kita tidak faham...aku faham sikit, tak faham banyak.kene cari guru.
*ada pembaca yang meninggalkan komen, "artikel ini janggal..."untuk makluman anda...artikel ini hasil karya "pojok riang-riang" perhatikan link dibawah artikel...tajuk asalnya - Allah itu Tenaga - untuk mengelak kontroversi, aku tukar tajuk.
2 comments:
tulisan tuan amat-amat tidak tepat :
tenaga bukan tuhan, bila tuan nyatakan tenaga ialah tuhan maka tuan telah mensyirikkan Allah dengan menyamakan Allah dengan makhluk....
Allah adalah pencipta dan semua yang dijadikannya adalah makhluk termasuk tenaga...
Islam tidak sama dengan fahaman-fahaman lain.. sebab islam menekankan tentang keesaan Allah
Marilah kita belajar memahami agama Islam dengan lebih mendalam melalui ulamak-ulamak yang muktabar.. bukan melalui pembacaan sahaja..
maaf, bila saya baca tulisan ini, saya merasakan amat janggal, sebagai seorang islam penulisan ini cukup tidak logik dan merendah-rendahkan Islam pada hal Islam adalah agama mulia yang diwahyukan Allah melalui nabi Muhammad s.a.w..
maafkan saya jika saya tidak memahami kehendak tulisan anda...
Mungkin yang dimaksudkan adalah Tenaga Allah swt yang mengawal dan mengawasi segala bentuk tenaga tak kiralah TNB, nuklear, atom hatta tenaga batin pun adalah dibawah kekuasaan Allah swt yang mempunyai kudrat.. wallahualam
Post a Comment